23 November 2025

NAMA SEMAKIN DITERIMA DI INDONESIA & REZEKI BERTAMBAH - ANNA JOBLING LUAH RASA SYUKUR : "TAK TAHU KENAPA SAYA TERPILIH BERLAKON FILEM S£RAM, MUNGKIN SEBAB MUKA SAYA MACAM HANTU"



Nama Anna Jobling kini semakin diterima oleh peminat Indonesia dan rezekinya di sana semakin bertambah dan berhubung itu, pelakon berusia 24 tahun ini meluahkan rasa syukur.

Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, yang berjaya menerusi filem 'Lembayung' dan 'Sukma' itu memaklumkan, dia akan terbabit lagi dalam karya Indonesia dan kali ini drama bersiri untuk sebuah stesen tv.

"Sekarang dalam pr0ses tunggu 'confirmation' lagi. Saya pun ada filem ketiga yang dah 'sh00ting' pada Julai lalu di sana dan keluar tahun depan, mungkin Januari atau Februari.

"Ia sebuah filem s£ram juga. Judulnya belum tahu lagi kerana sering bertukar-tukar. Ia arahan Boy Rano dan saya bawa watak utama. Pelakon lain ialah Pangeran Lantang, Naomi Zaskia dan ramai lagi.

"Tak tahu kenapa saya terpilih berlakon filem s£ram. Mungkin sebab muka saya macam hantu," katanya bergurau yang turut memberitahu, mungkin wajahnya yang sesuai dengan genre cerita begini, membuatkan dia menjadi pilihan.

"Saya pun minat tonton cerita hantu daripada kecil. Jadi, setiap kali dapat 'offer' untuk buat filem s£ram atau apa saja, saya sangat teruja.

Klik untuk gambar besar

"Saya tak t@kut langsung sebab saya suka tonton 'behind the scenes'. Sebab, kan bila kita tonton cerita hantu kita macam t@kut, kita macam tak nak tengok.

"Tapi, bila kita dah berlakon dan kita dah tonton 'behind the scenes' macam mana mereka buat, kita dah faham dah. Kita tak t@kut sebenarnya sebab depan kita ada macam 50 kru pr0duksi," ujarnya.

Dalam pada itu, Anna turut berkongsi, antara ketiga-tiga filem, 'Lembayung' adalah yang mencab@rnya dari segi fizikal.

"Tapi, dari segi nak berlakon itu banyak dialog, yang ini sebab saya watak utama kat dalam cerita ini. Saya tak pernah ada g@ngguan buat cerita ini.

"Tapi, masa buat Lembayung pernah ada g@ngguan sikit-sikit. Tapi, saya jenis macam buat b0doh saja. Biasalah 'benda' itu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: