"Bagi saya, usia 47 tahun sebenarnya memberi satu kelebihan. Lagipun, saya sudah bersedia menerima apa sahaja krit1kan atau kec@man kerana bagi saya, seni tidak mengenal bat@s usia."
Demikian tutur penyanyi Irene Catalina, dimana dia yang kini berusia 47 tahun itu men£gaskan, usia bukan penghalang untuk dirinya terus berjuang menaikkan nama dalam industri muzik tanah air.
Irene yang pernah menganggotai kumpulan Angels pada 2004, berkata, pengalaman dan usia adalah satu keistimewaan yang membolehkan dia terus bersaing dengan bakat muda masa kini.
Klik untuk gambar besar
Sebaliknya, jelasnya, dia terus aktif di belakang tabir dan menerima undangan nyanyian mengikut kemampuan.
"Saya tidak pernah merajuk dengan industri seni. Sepanjang tempoh menyepi, saya aktif dalam kerja pengurusan acara dan menggalas tugas sebagai pengurus pemasaran.
"Dalam masa sama, saya masih menerima undangan menyanyi di majlis-majlis korp0rat sebagai sumber pendapatan tambahan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Irene kini tampil dengan single baharu berjudul 'Mau Apa Lagi', dimana lagu ciptaan Bendittho itu mengetengahkan konsep pop dance dengan suntikan hip hop era 90-an.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment