23 November 2025

BAPA S4KIT, KONSERT GENKRU THE FINALE HAMPIR BATAL - EDRY PULA ALAMI MUNT4H-MUNT4H & KEJANG OTOT SEJURUS SELEPAS KONSERT



"Ayah saya krit1kal, lebih kurang tiga minggu lalu dia masuk hospital. Jadi dalam kami buat persediaan konsert ini, otak kami agak ser@but kerana hari-hari ulang-alik pergi hospital, selepas itu buat latihan konsert.

"Alhamdulillah keadaan kesihatan ayah kami makin baik. Cuma hasratnya untuk tonton konsert kami pada malam ini (Sabtu) tidak kesampaian. Saya ada cakap dengan ayah jangan risau.

"Lagipun konsert ini agak besar dan bimbang dia tak selesa sebab ramai orang. Saya cakap tidak mengapa nanti kita pergi naik cruise, tak ramai sangat orang."

Itulah jelas anggota kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim, 53, dimana dia memaklumkan, bapanya iaitu Abdul Halim mengalami jangk1tan pada paru-paru dan dimasukkan ke hospital kira-kira tiga minggu lalu, sebelum konsert GenKRU The Finale: One More Time berlangsung.

Klik untuk gambar besar


Kata Norman, dia dan dua lagi anggota KRU yang juga merupakan adik-beradiknya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim sedikit terg@nggu untuk membuat persiapan konsert, namun bersyukur kerana keadaan bapa mereka sudah semakin baik.

Norman berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert GenKRU The Finale: One More Time yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Menurut Norman lagi, dia cuba menenangkan bapa mereka dan memberi jaminan bahawa masih ada peluang untuk meluangkan masa bersama dalam persembahan Star KRUise Showcase yang bakal berlangsung pada Januari depan.
Malam Sabtu semalam penuh em0si menyelebungi konsert GenKRU The Finale: One More Time apabila kumpulan KRU berkongsi berita sedih mengenai keadaan kesihatan bapa mereka.

Menyentuh berkenaan konsert tersebut, Yusry, 52, meluahkan rasa syukur dengan sambutan baik yang diterima dan tidak menyangka kumpulan KRU masih lagi menerima sokongan kuat daripada peminat.

"Selepas 33 tahun buat konsert, peminat masih memberi sambutan hangat seperti ini. Terus terang saya rasa macam tak layak untuk dapat ini semua. Saya rasa macam kami ini ada apa? Apa kami buat? Tapi peminat masih memberikan sokongan kuat kepada kami. Saya memang terharu," tuturnya.
Sementara itu, Edry, 49, telah mengalami munt@h-munt@h sejurus selepas konsert GenKRU yang berlangsung dan menurut abangnya yang juga ketua kumpulan, Datuk Norman, keadaan Edry mungkin berpunca daripada kurang makan sebelum konsert bermula.

"Habis saja persembahan tadi dia terus munt@h-munt@h. Mungkin sebab dia kurang makan tapi tak ada apa yang s£rius," kongsinya.

Berhubung itu, Edry yang tiba sedikit lewat sewaktu sidang media selepas konsert, tampil memohon maaf kepada media atas keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Jelas Edry, dia turut mengalami kejang otot selepas konsert mungkin disebabkan terlalu penat sewaktu melakukan persiapan.

"Selepas persembahan, badan cr@mp sikit mungkin sebab terlalu penat kot tapi saya okay. Terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah membantu saya. Minta maaf ya semua," ulasnya.

GenKRU The Finale: One More Time memukau peminat dengan visual canggih di skrin besar serta teknologi kecerdasan buatan terkini.
Kumpulan KRU berjaya menggamatkan stadium dengan persembahan yang cukup bertenaga dihadapan hampir 12,000 penonton yang hadir, dimana mereka telah menyanyikan kira-kira 16 buah lagu termasuklah lagu bersama artis jemputan.

KRU turut membuat k£jutan dengan menampilkan kumpulan nasyid Rabbani menerusi Intifada, selain kemunculan semula Juliana Banos selepas dua dekad meninggalkan pentas hiburan dan juga Adam AF2.

Kumpulan Elite turut menceriakan pentas dengan lagu 'Dari Metropolitan' dan 'Go KRU', manakala penyanyi hip hop, Adam Mat Saman menghangatkan suasana dengan lagu 'Terhangat Di Pasaran'.

Konsert yang menjadi penutup kepada jelajah GenKRU sepanjang tahun bermula pada Mei lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil, menyaksikan KRU mempersembahkan lebih 20 lagu hits mereka dengan sajian lagu-lagu 'sing-along' seperti 'Awas', 'Mengerti', 'Oh La La!', 'Jangan Lafazkan', 'Fanatik' dan 'Untukmu'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: