"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar semalam (Sabtu). Kali pertama saya jadi 'mak pengantin', bila salam kaut orang bagi dekat saya (tapi sudah tentu masuk dalam beg mak kita). Lucu pula rasa.
"Dari baju pengantin, penata rias mak dan babah (panggilan bapa tiri) sehingga senarai borang kahwin mereka. Tak percaya ya dokumentasi itu yang akan lec£h, tak boleh buat pada minit akhir. Alhamdulillah sempat semuanya.
"Paling lucu sebab mak dan babah tak pernah pergi kursus kahwin, ada yang cakap kena pergi, terus mereka pening," demikian kongsi penyanyi Shila Amzah menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan majlis pernikahan ibunya berjalan lancar, meskipun kali pertama memegang peranan sebagai 'mak pengantin'.
Tutur isteri kepada pemp£ngaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai MZ itu lagi, dia juga berpeluang menguruskan pelbagai persiapan penting, termasuk urusan busana serta solekan buat ibu dan bapa tirinya.
Disamping itu, penyanyi lagu 'Patah Seribu' ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan buat mereka sekeluarga serta berkata, setiap manusia berhak merasai kebahagiaan, tidak kira cepat atau lambat.
Di akhir perkongsian, Shila turut merakamkan penghargaan buat suaminya yang setia menemani sepanjang persiapan dan majlis berlangsung.
"Apapun terima kasih buat yang doakan baik-baik. Kebahagian itu milik semua, Insya-Allah cepat atau lambat saja. Perjalanan kita takkan pernah sama, tapi kita semua mahu ke pengakhiran destinasi yang sama juga.
"Terima kasih suami Ubai kerana sudi mengiringi perjalanan ini," ujar Shila yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu dan terkini.
Pada Sabtu, ibu Shila selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Zainal dan majlis pernikahan pasangan itu dipercayai berlangsung di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Untuk makluman, Fauziah sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi, Datuk ND Lala pada 1989 dan bercerai selepas 34 tahun bernikah.
Selain Shila, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!












No comments:
Post a Comment