23 November 2025

"TAK PERNAH TERLEPAS KONSERT KRU SEBELUM INI" - SYAMEL TERKIL4N & RAL4T BILA SHOWCASE SULUNGNYA & KONSERT KRU BERTEMBUNG, RAIKAN DETIK ISTIMEWA TANPA MENTOR



"Sejujurnya saya kec£wa kerana tak pernah terlepas konsert KRU sebelum ini. Edry pula orang yang begitu penting dalam perjalanan kerjaya saya. Hampir semua lagu saya yang popular diterbitkan olehnya. Kebanyakan karya saya terhasil daripada kerjasama kami.

"Bila Edry tak dapat hadir, memang rasa ral@t. Tapi semuanya kebetulan, tarikh showcase saya sama dengan konsert KRU. Apa pun kami tetap berhubung, saling berkongsi video masing-masing. Cuma saya tetap rasa kekurangan bila dia tak ada di sini."

Itulah kata penyanyi Syamel, 32, yang meluahkan rasa terkil@n apabila tidak dapat menghadiri konsert GenKRU The Finale: One More Time susulan pertindihan jadual dengan showcase eksklusif Pertama – A New Journey Together with Me, Syamel di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) pada malam Sabtu.

Klik untuk gambar besar

Namun apa yang paling membuatkan hati Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, lebih berat, dia tidak dapat menyaksikan persembahan Edry Abdul Halim iaitu anggota KRU yang sudah dianggap sebagai mentor dan tulang belakang perjalanan seninya sejak menyertai Akademi Fantasia 2015 (AF2015).

Dalam masa sama, Syamel mengakui sedih apabila Edry tidak dapat hadir pada showcase sulungnya itu, bagaimanapun hubungan mereka tetap rapat meskipun terhalang oleh komitmen profesional masing-masing.

Syamel juga ral@t serta terkil@n apabila dia dan mentornya itu tidak dapat meraikan acara istimewa masing-masing yang berlaku serentak semalam.
Disamping itu, Syamel turut menjawab mengenai luahan hati peminat yang mempers0alkan penganjuran dua persembahan pada tarikh sama, dimana dia melihat situasi itu daripada sudut p0sitif, selain berkata, memang timbul rasa bimbang juga awalnya.

"Bila tahu tarikh 'showcase' ini bertembung dengan konsert KRU memang tak dinafikan rasa risau. Tambahan pula, ramai yang tinggalkan komen dan tanya kenapa sama tarikh.

"Kadang-kadang saya tak sedar yang mungkin peminat Edry pun mendengarkan karya saya sebab saya banyak bekerjasama dengannya. Jadi, mereka juga rasa kec£wa dan rasa serba sal@h sebab sudah pun membeli tiket konsert KRU,"
"Saya anggap semuanya sudah tertulis... mungkin kita kena lalui jalan berliku sebelum sampai ke destinasi. Saya sangat tersentuh sebab ramai sanggup hadir dan sokong showcase saya. Alhamdulillah, tiket habis terjual," ujarnya.

Showcase sulung Syamel yang merupakan suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu mendapat sambutan luar biasa apabila tiket habis terjual.

Sepanjang showcase yang berlangsung selama satu jam 30 minit itu, Syamel mempersembahkan rangkaian lagu hit termasuk 'Hidup Dalam M@ti', 'Belakang Tabir', 'Lebih Sempurna', 'Beribu Tanda Tanya', 'Bahagia Milik Kita', 'Kau Pun Sama' serta dua single baharu 'Hingga Hujung Waktu' dan 'Dalam Kenangan'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: