"Saya sebenarnya tiada halangan untuk Aleesya menjadi seorang penulis. Tetapi saya galakkan dia untuk jadikan bidang itu sebagai punca pendapatan sampingan.
"Kalau boleh, saya mahu dia belajar lagi dan teroka bidang lain juga. Kalau dia mahu jadi veterinar, pakar psik0logi atau terbabit dalam bidang hiburan sekali pun, dia boleh jadikan penulisan ini sebagai sampingan.
"Kalau dia minat bidang hiburan saya lebih galakkan dia untuk menjadi pengacara. Cuma, sekarang ini macam ada 'berlian' dalam mulut dia kerana 'intr0vert'. Jika dia minat menyanyi pula, saya akan hantar ke kelas vokal."
Demikian jelas pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, 51, dimana dia memberi kebebasan kepada anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 16, untuk menceburi bidang penulisan yang diminatinya sejak kecil.
Klik untuk gambar besar
Erra berkongsi perkara itu ketika majlis pelancaran buku kanak-kanak pertama Little Nina and The Adventure of Fatimah Az Zahra oleh Engku Aleesya di sini, hari ini, yang turut dihadiri bapa Aleesya iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Dalam pada itu, Erra meluahkan rasa bangga dengan bakat menulis yang dimiliki anaknya hingga berjaya menghasilkan buku pertamanya pada usia muda, selain juga kagum Aleesya sudah menunjukkan minat pada penulisan dan pembacaan buku sejak kecil.
"Saya bukan mahu memuji anak tetapi saya kagum dengan ideanya yang disifatkan sebagai di luar kotak dalam penulisan. Sejak kecil, dia sudah tunjukkan bakat menulis.
"Sebagai seorang yang pemalu, segala perasaan dicurahkannya menerusi penulisan, macam saya dulu sebelum adanya gajet. Saya suka menulis dan membaca, bahkan karangan saya dahulu sering menjadi contoh kepada rakan sekelas," katanya.
Sementara itu, Engku Emran pula berkata, dia juga memberi galakkan kepada anaknya itu untuk menulis buku dalam bahasa Inggeris yang mudah difahami oleh golongan kanak-kanak.
"Waktu dia menulis buku ini, dia baru berusia 14 tahun dan ketika itu tidak sesuai lagi dia menulis kisah cinta remaja. Saya mahu dia menulis buku yang mampu memberi inspirasi kepada golongan kanak-kanak.
"Saya tidak mahu letak sasaran tinggi untuk Aleesya dan cukup untuk dia menulis buku yang mudah difahami walaupun dia sendiri membaca buku untuk pembaca dewasa," tuturnya.
Dalam pada itu, cetakan buku pertama Aleesya terbitan Tertib Publishing sebanyak 1,000 naskhah kini sudah terjual sebanyak 50 peratus.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment