23 November 2025

KEHAMILAN MASUK 39 MINNGU BELUM ADA TANDA BERSALIN - SYASYA RIZAL HUSNUZON : "MASIH SELESA DALAM PERUT, TAK NAK 'CHECK OUT' LAGI"



"Dah 39 minggu, masih selesa dalam perut, tak nak 'check out' lagi. Tidak mengapa, saya husnuzon sahaja. Mungkin dia nak beri peluang mama dan bapak luang masa dengan abang sebelum anak kedua 'real main character' muncul."

Itulah tutur penyanyi Syasya Rizal, 24, menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, dimana kehamilan keduanya itu sudah memasuki usia 39 minggu, namun masih belum menunjukkan sebarang tanda untuk bersalin.

Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, bagaimanapun berkata, dia tenang menunggu kelahiran anak kedua, selain mahu manfaatkan masa sebaik mungkin untuk bersama anak sulungnya.

Klik untuk gambar besar

Kongsi bekas anggota kumpulan Dolla itu lagi, pengalaman mengandung kali ini cukup berbeza berbanding kehamilan pertama.

"Abang tahun lepas bukan main semangat, siap bagi false alarm nak keluar pra-matang. Adik ini pula tenang betul. Bila anak nombor dua mengandungkan anak nombor dua, barulah saya faham perangai masing-masing," ujarnya.
Terdahulu, Syasya memaklumkan kehamilan anak kedua pada September lalu dalam satu video, namun tidak mendedahkan jantina bayi berkenaan.

Untuk makluman, Syasya mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 20 April tahun lalu dan mereka dikurniakan anak sulung, Mohd Yassir Hayyan yang kini berusia setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: