"Kami memberikan tenaga 100 peratus hingga ke lagu terakhir sehinggakan sebaik sahaja tiba di belakang pentas, saya terus r£bah dan mengalami kekejangan.
"Alhamdulillah, pasukan kec£masan bertindak pantas membantu memulihkan keadaan. Kini Saya berada di rumah di Kuala Lumpur sekarang. Masa untuk berehat dan memulihkan tenaga. Moga kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang, Insya-Allah. Jaga diri. KRU selamanya."
Demikian kata penyanyi yang juga anggota KRU, Edry Abdul Halim, 49, dimana dia mengucapkan terima kasih kepada pasukan kec£masan yang bertindak pantas ketika dia dis£rang kekejangan selepas Konsert genKRU Finale semalam.
Edry yang berkongsi keadaan terkininya menerusi hantaran di media sosial selepas dilaporkan pit@m sejurus tamat konsert GenKRU The Finale: One More Time yang berlangsung pada malam Sabtu.
Klik untuk gambar besar
Edry yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial, memaklumkan, dia ingin berehat dan memulihkan semula tenaganya, selain turut mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat setia KRU.
"Terima kasih kepada semua peminat yang hadir memberikan sokongan pada genKRU Finale malam tadi. Ia pengalaman yang sangat mengujakan buat kami dapat kembali berada di atas pentas untuk anda semua," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment