"Alhamdulillah isteri dan anak selamat keluar dari sana dan keluar dari sempadan hari ini. Mereka terpaksa beberapa kali pusing baru dapat jalan keluar dan selamat sampai ke sempadan."
Itulah tutur pelawak popular, Shahrol Shiro, dimana dia meluahkan rasa syukur selepas isterinya, Nor Farhanah Syamimi dan anak lelaki mereka, Iskandar Rizqi, yang terkand@s di Hatyai, Thailand akib@t banjir, selamat tiba di sempadan negara hari ini.
Shahrol sebelum ini berkongsi kebimbangan di media sosial apabila isteri dan anak lelakinya antara rakyat Malaysia yang terkand@s di Hatyai akib@t banjir sejak beberapa hari lalu.
"Dapat khabar berita dari isteri saya yang sedang bercuti di Hatyai. Hujan semakin lebat, banyak tempat banjir dan jalan dah ditutup.
"Nak ke lapangan terbang pun dah tak boleh... saya di Sabah, hati seorang suami risau sangat memandangkan isteri bersama anak kami dan keluarga adiknya di sana," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment