"Saya rasa sebelum ini De Fam sendiri ada kod pemakaian sebab Cik Manggis memang tak selesa berpakaian ketat atau menc0lok mata. Kami dari dulu nak jaga pemakaian kita, kalau orang tanya macam mana De Fam boleh orang lain tak boleh, saya rasa tidak boleh jadi isu
"Masing-masing lain caranya. Mereka (Dolla) punya identiti dan genre pun lain nak dibandingkan dengan De Fam. Tanya berkaitan itu (isu pemakaian) sangat s£nsitif untuk saya bicarakan."
Demikian ulas pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz, dimana katanya, kumpulan De Fam mempunyai etika kod pemakaian, apatah lagi sal@h seorang ahli iaitu Cik Manggis bertudung.
Ujar Azira, netizen tidak sepatutnya menyamakan De Fam dengan kumpulan Dolla berkenaan pemakaian kerana genre serta identiti mereka berbeza.
Dalam pada itu, Azira berkata, De Fam banyak menerima kec@man pada awal kemunculan, namun mereka mengambil pendekatan untuk perbaiki serta lakukan lebih baik.
"Tak boleh cakap sebab semua lalui haluan berbeza. Dulu De Fam bermula pun orang cakap kami boleh menari saja. Banyak t0hmahan lalui, kami ambil sebagai p0sitif. Cuba perbaiki diri sendiri.
"Itu saya cakap kadang-kadang teguran itu mungkin terbaik untuk kita. Buktikan kita boleh buat lebih baik," katanya yang turut melihat kec@man terhadap Dolla dijadikan iktibar serta peringatan kepada selebriti wanita berkenaan isu pemakaian dan mengambil teguran diberikan untuk perbaiki.
"Sudah semestinya semua terlibat bukan sahaja Dolla mahupun De Fam. Bagi saya benda isu etika pemakaian. Kami sebagai Muslim tahu apa boleh pakai atau tak. Macam saya cakap kita kena ambil teguran dan cuba perbaiki," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment