04 November 2025

"SAYA CUMA MILIKI SIJIL UPSR SAHAJA, JADI SAYA BANYAK BELAJAR MELALUI KEHIDUPAN DI JALANAN..." - NOKI K-CLIQUE K£SAL TERLEPAS BANYAK MOMEN INDAH PERSEKOLAHAN, TERMASUK KEC£WAKAN IBU BAPA



Penyanyi dan pelakon, Noki K-Clique, 31, telah berkongsi rasa k£salnya apabila hanya merasai nikmat bergelar pelajar sehingga tingkatan dua dan terlepas banyak momen indah persekolahan.
Kata Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, dia pernah member0ntak sewaktu zaman sekolah, dimana ada sebuah insid£n berlaku ketika dia berada di sekolah rendah yang menjadi puncanya berubah menjadi seorang pelajar suka member0ntak.

"Saya mula member0ntak selepas pernah dituduh atas kesal@han yang bukan saya buat. Kejadian itu berlaku ketika darjah enam, ada sebuah radio r0sak bukan sebab saya tetapi cikgu menuduh saya.

"Sejak insid£n itu, saya mula member0ntak. Masuk sekolah menengah, saya dah jadi orang lain. Saya nak@l, member0ntak, melaw@n cikgu, dan banyak lagi hal lain saya buat. Ini memang cerita betul sebagai perkongsian.

"Bukan untuk dibanggakan tapi untuk pengajaran," kongsinya yang turut berkata, paling dik£salkan baginya adalah 'kecic1ran' nikmat persekolahan selepas cuma bertah@n dalam alam persekolahan sehingga tingkatan dua dan momen meraikan tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pun terlepas.

"Banyak hal yang saya terlepas contohnya sebagai pelajar SPM, bila tamat sekolah sahaja mereka akan tanda tangan pada baju masing-masing. Saya tak rasai semua itu. Saya rasa meny£sal.

"Saya cuma miliki sijil UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) sahaja, jadi saya banyak belajar melalui kehidupan di jalanan atau 'street education'. Tapi saya tak cakap yang pelajaran itu tidak penting, kita tetap kena belajar menimba ilmu.

"Dalam Islam pun pelajaran adalah dituntut," katanya yang juga mendedahkan, dia lebih memilih untuk 'mer£mpat' selepas tidak bersekolah dan berhubung itu juga, dia k£sal apabila teringat betapa keputusannya ketika itu mengec£wakan ibu bapanya.

"Ibu bapa mana tak mar@h bila ada anak yang tidak ke sekolah. Tapi ketika itu saya masih muda. Saya nak rasa hidup sendiri, tak nak balik rumah, tidur dekat CC (cyber cafe), minta makanan di kedai makan.

"Saya cerita ini bukan untuk dibanggakan tetapi untuk kita ambil pengajaran. Saya berubah adalah kerana faktor umur dan kehidupan yang saya lalui," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: