04 November 2025

ISU PENGUNDURAN EDDIE & BLACK DARI WINGS - M NASIR ANGGAP G4DUH ADIK-BERADIK



"Apa sebab orang berg@duh pun, macam-macam sebablah. Kalau kita nak korek, kita boleh korek kalau nak. Pergilah tanya mereka. Tapi yang betulnya cara penyampaian orang itu bercerita tentang mas@lah itu yang penting.
"Dan, kita tengok dari luar, kita jadi juri. Mana yang betul, mana yang tak. Tapi mereka di dalam, mereka yang merasakan benda itu. Dia tak nampak daripada luar. Jadi dia buat keputusan berasaskan dari em0si.

"Saya tak ada komen sebab saya rasa ini klasik sebuah cerita kumpulan," ujar penyanyi dan komposer terkenal, Datuk Haji M Nasir ketika mengulas mengenai isu pengunduran ahli Wings iaitu Eddie (pemain bass) dan Black (dram) dari kumpulan rock legenda itu.

Disamping itu, M Nasir yang bertanggungjawab menaikkan ramai artis termasuk Wings ini berkata, situasi ini berlaku di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

M Nasir dalam masa sama juga mengharapkan semuanya berakhir dengan baik, selain turut menyifatkan apa yang berlaku ibarat perg@duhan adik-beradik.

"Kadang-kadang sampai m@ti pun ada," kata M Nasir atau nama sebenarnya, Datuk Haji Mohd Nasir Mohamed, penuh mendalam.

Terdahulu, Eddie dan Black meng£jutkan peminat industri hiburan tanah air apabila mengumumkan pengunduran mereka daripada Wings pada 8 Oktober lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: