"Unscripted & unedited. Thanks Bella Astillah for recording this moment of joy and making this possible," itulah tulis ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, menerusi hantaran video sempena ulang tahun bapanya, Syed Abdul Rahman Abdullah.
Perkongsian video yang dimuat naik di media sosial itu sekaligus meleraikan sp£kulasi yang timbul mengaitkan hubungan rapatnya dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 31, yang dididakwa dig@nggu 'orang ketiga'.
Video yang dirakam oleh Bella itu memaparkan bapa Syed Saddiq mendapat k£jutan istimewa bilik penginapan, termasuk ucapan romantis daripada isterinya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
Klik untuk gambar besar
Syed Saddiq juga menulis kapsyen yang memaklumkan semua dipaparkan dalam hantaran video itu tidak mengikut skrip dan juga tidak disunting.
Sebelum ini, hangat di media sosial membicarakan kisah BASS (Bella Astillah Syed Saddiq) yang didakwa ada 'orang ketiga'.
Lebih hangat lagi apabila segelintir netizen mendakwa ibu Syed Saddiq itu menyukai individu lain kerana kerap memuat naik foto bersama seorang wanita di media sosialnya.
Berhubung itu, netizen juga mempers0alkan kenapa Sharifah Mahani tidak memuat naik satu foto pun bersama Bella di media sosial miliknya.
Disamping itu, ada netizen berkata, tidak memuat naik foto bersama di media sosial belum tentu menunjukkan orang itu tidak menyukai individu terbabit sebaliknya ia adalah hak peribadi masing-masing dan takkan semua perlu dipaparkan.
Meninjau di media sosial Bella pula, ibu tunggal dua cahaya mata itu tetap sibuk dengan aktiviti kerjanya yang padat dan semacam tiada apa yang berlaku.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment