"Kahwin atau tidak bukan urusan sesiapa. Itu adalah ketentuan Allah. Apa yang terbaik untuk saya hanya Allah yang boleh menentukan bukan orang lain.
Demikian kata pelakon dan usahawan, Nur Fazura, 42, menerusi sesi siaran langsung, dimana dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah, meskipun pernah berdepan kegag@lan rumah tangga.
Tutur Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, hanya Allah yang lebih tahu apa yang terbaik buat dirinya.
Selain itu, Fazura juga berharap bakal jodohnya itu seorang yang memahami agama, bertanggungjawab serta dapat menyayangi dirinya dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
"Kalau itu yang terbaik, yang diredai Allah, yang faham agama dan bertanggungjawab. Semua yang saya doa, mudah-mudahan Allah makbulkan.
"Yang sayang saya dan Fatima. Yang buat kita bahagia dan tenang," katanya yang menjawab pertanyaan netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment