"Tak mengg@nggu. Alhamdulillah... jadual kerja kini semakin padat selepas saya kembali aktif dalam lakonan. Namun saya tetap pastikan masa bersama anak saya, Uqaira tidak terab@i.
"Walaupun balik tengah malam, saya akan pastikan tetap luangkan masa dengan anak," jelas pelakon Uqasha Senrose, 33, dimana dia berkata, ujian yang berlaku dalam hidupnya itu tidak mer£ncatkan perjalanan seninya yang kekal berjalan lancar sehingga sekarang.
Ujar Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia gembira apabila kembali tampil di stesen TV3 menerusi drama 'Bisik Asmara' untuk slot Samarinda.
Dalam drama tersebut, Uqasha yang enggan mengulas mengenai isu peribadinya yang kini dalam proses bercerai dengan suaminya, pelakon Kamal Adli, akan bergandingan bersama Zul Ariffin menerusi drama yang turut membariskan Sophia Albarakbah.
Difahamkan, Uqasha kini masih sibuk di set penggambaran drama 'Jika Cinta Itu Buta' dan bakal ke set untuk drama 'Bisikan Asmara' pada 8 November ini.
Dalam pada itu, Uqasha memberitahu, masa bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira, 18 bulan, tidak pernah diab@ikan walau sesibuk manapun dengan karier, malah sesekali dia membawa buah hatinya itu ke set untuk menemaninya.
Klik untuk gambar besar
"Setakat ini, Uqaira tak pernah meragam lagi, biasanya pembantu peribadi atau pembantu akan tolong tengok-tengokkan Uqaira ketika saya berlakon.
"Saya juga bersyukur Uqaira dijaga dengan baik oleh pembantu dengan pengawasan ibu sekiranya saya tidak dapat bawa dia ke set," maklumnya.
Disamping itu, Uqasha turut menjelaskan, dia kembali berlakon dengan Farid Kamil dalam filem 'Bisikan D0sa' selepas berpantang dan kini sedang sibuk dengan pr0jek drama baharu.
"Saya mula aktif semula sekitar lima atau enam bulan selepas berpantang. Tahun ini saya kembali dengan filem dan beberapa pr0jek lain. Rezeki orang kata," tuturnya yang turut memberitahu, drama terakhirnya bersama TV3 ialah 'Aku Tanpamu' pada 2018.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment