"Kalau tak panggil, kita berniaga. Saya memang tak tinggalkan sebab itu memang kita punya dar@h daging. Tapi, Insya Allah, kalau orang-orang kata, mereka perlukan kita, kita hadir Insya-Allah.
"Permintaan untuk event dan show masih ada. Untuk berlakon dan masuk pr0gram televisyen macam dulu dah tak ada. Itulah saya pun tak tahu, mungkin agaknya mereka ingat saya masih lagi bersal@h dengan k£s-k£s yang lalu.
"Padahal kita tak sal@h. Jadi, itu terpulanglah pada mereka. Kalau mereka perlukan, kita okey.. Kita tak 'pal@u' (tak layan). Mereka yang 'pal@u' kita kan."
Demikian tutur Tauke Jambu, 49, dimana pelawak itu menjelaskan, dia belum meninggalkan bidang seni dan akan menerima undangan sekiranya ditawarkan, malah tidak ter@sa h@ti dengan pandangan masyarakat terhadap isu ini.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Tauke yang kini menjual lempeng dan jemput-jemput di sebuah kedai berdekatan stesen Petronas Pasir Penambang, di sini, mendedahkan hanya memperoleh pulangan RM39 pada hari pertama memulakan perniagaan itu.
"Hari pertama RM39. Tapi Alhamdulillah... sekarang bolehlah. Tak apa sebab hari pertama kan, orang pun tak tahu. Tak apa lah, kita buat sajalah. Apa pun yang kita buat memang kena bertah@n.
"Kita buat ini pun tiga ke enam bulan baru dapat tengok hasilnya. Alhamdulillah... sebulan dah dapat sambutan begini. Rasa sangat terima kasih kepada sahabat-sahabat."
Baharu mula berniaga sebulan lalu, Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, bagaimanapun tetap bersabar kerana menganggap kedainya belum diketahui ramai, selain berkata, dia mengambil keputusan menceburi perniagaan ini kerana memang menggemari lempeng.
"Sebab makanan ini, saya rasa makanan kegemaran daripada kecil. Arwah mak masak, kadang-kadang kakak dia (emak saudara) masak petang-petang. Sesuai sangat petang-petang.
"Jadi, saya pergi cari. Cari-cari tak jumpa kan. Agak kec£wa. Daripada cari biarlah saya buat sendiri. Terfikirlah macam itu. Jemput-jemput pun sama juga.
"Ini ada beberapa menu lagi tak sempat nak buat. Menu ini pun dah memang 'full house' kedai dibuatnya," katanya yang mula berniaga jam 3 petang hingga 7 malam.
Dalam pada itu, kongsi Tauke lagi, lokasi ini dipilih kerana abangnya tinggal di situ dan dia juga banyak buat video di kawasan terbabit.
"Nak berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor agak makan masa. Saya ambil keputusan terus tinggal di sini. Abang pun ajak tinggal di sini dengan keluarga semua.
"Syukur sahabat-sahabat, kawan-kawan, yang datang dari jauh-jauh semata-mata nak makan lempeng. Itu sebabnya saya nak cuti pun t@kut kec£wakan mereka.
"Hari-hari berniaga dan kalau cuti pun sekali dalam seminggu. Saya sebenarnya nak buat macam-macam jenis lempeng tapi memang tak sempat. Pekerja pun ahli keluarga sahaja," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment