25 November 2025

KURANG BERMINAT DENGAN CERITA 'PAN4S' - NOR ALBANIAH TAK KISAH GAMBAR AKSI-AKSI BERANINYA DULU DISEBAR SEMULA : "KALAU UNTUK KEBAIKAN APA SAL4HNYA, 'POST' SAHAJALAH"



Berhubung penyebaran gambar aksi-aksi berani pada pertengahan era 1990-an di media sosial, pelakon sens@si, Nor Albaniah, 35, menjelaskan, dia tidak kisah kalau ia demi kebaikan.
Kata Nor Albaniah atau nama sebenarnya, Nor Albaniah Raffie, kebaikannya kerana dia masih aktif dalam seni dan dengan cara ini ia boleh mengingatkan peminat kepadanya.

"Kalau untuk kebaikan apa sal@hnya, 'post' sajalah. Dia macam ini, sebab ada kebaikan dan ada keburukannya.

"Bukan nak suruh ingat tapi memang kerjaya kita ini rasanya begini rupa. Dan kalau orang tanya saya untuk membuat cerita-cerita 'pan@s', sekarang ini saya tak nak buat sebab saya tak suka benda-benda itu.

"Tak apalah nak buat cerita pan@s, keluarkanlah balik gambar-gambar dulu. Mas@lahnya, kalau orang nak mar@hkan saya, bukan saya yang keluarkan. Pihak lain yang keluarkan, betul tak?

"Jadi orang mar@h sayakah atau orang mar@h mereka? Atau sal@h saya cakap? Macam pengendali p0rtal, dia siar dengan tujuan untuk naikkan 'view' 'page'nya dan dapat untung. Apa yang saya dapat?" ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya lagi, dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia sudah berlalu dan itulah dirinya yang dahulu.

"Saya terima sajalah. Maaf sebab saya kurang arif dengan perkara 'view' atau 'view' YouTube ini. Kalau 'view' nak tarik orang, tak mengapa, tulis sajalah yang baik-baik. Itu zaman lalu.

"Janganlah mengec@m, orang zaman dulu tak ada pun mengec@m macam itu. Maaflah itu dulu, sekarang tak ada lagi.

"Dulu saya ada juga simpan sikit gambar itu, tapi banyak dah hilang lepas kemal@ngan dengan arwah suami, Sudarman Daud pada 11 Jun 1996," katanya.

Ulas Nor Albaniah lagi, dia bagaimanapun tidak mampu mengambil apa-apa tindakan kerana mereka ada simpanan gambar terbabit.

"Macam juga dengan telefon ini. Yang ada-ada dalam ini, kita tak boleh nak buat apa. Apakah dayaku untuk meny£kat benda-benda ini?" tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: