24 November 2025

ISU LAWAK KETERLALUAN - ASTRO AMBIL KIRA TEGURAN PENONTON GV, DAH NASIHAT NABIL AHMAD



Jenaka yang dilakukan pengacara Nabil Ahmad terhadap penyanyi Azmi Saat didakwa kononnya merupakan sal@h satu gimik untuk menaikkan nama rancangan Gegar Vaganza (GV).
Berhubung dakwaan itu, Astro tampil menafikan, dimana Pengurus Saluran Astori Ria & Prima, Idlan Zahari berkata, pihaknya sama sekali tidak pernah terfikir akan melakukan perkara itu, sebaliknya hanya fokus untuk memberikan yang terbaik buat penonton.

Idlan menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui media selepas konsert minggu keempat Gegar Vaganza 2025 (GV2025) yang berlangsung di Auditorium Shah Alam, Selangor pada Ahad.

"Kami ambil semua maklum bal@s untuk perbaiki kandungan kami terutama sekali apabila melibatkan isu s£nsitif. Kami akan cuba pastikan supaya ia tidak berulang lagi.

"Tidak, saya tidak rasa yang Gegar Vaganza gunakan cara itu (lawak tanpa s£nsitiviti) untuk naikkan nama GV. Fokus kami hanyalah untuk berikan yang terbaik," tuturnya yang turut memberitahu, pihaknya telah menasihati Nabil isu lawak keterlaluan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: