24 November 2025

MUNCUL DALAM VIDEO PENDEK - NETIZEN SEDIH TENGOK WAJAH KAMAL ADLI : "BANYAK SANGAT BENDA DIA PENDAM SELAMA INI"



Menerusi video pendek yang dimuat naik di media sosial, pelakon Kamal Adli telah membuat kemunculan bersama jenama makanan kambing perap popular, Pak Mat Western dan perkongsian itu menarik perhatian ramai.

Apa yang membuat netizen sebak, kapsyen video yang dikongsikan Kamal, "Walaupun bahagia bukan milik kita.."

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat wajah dan senyuman Kamal yang kini berdepan ujian dalam rumah tangga.

Kata netizen lagi, meskipun video itu hanya lakonan, namun mereka rasa sedih serta berharap agar Kamal akan bersinar selepas ini dan dimurahkan rezeki.

Klik untuk gambar besar

"Sedih tengok muka Kamal. Banyak sangat benda dia pendam selama ini."

"Kesian pula tengok muka Kamal ini, moga rezeki dia melimpah."

"Aduh, kenapa aku menangis tengok Kamal... Aku tidak boleh la, budin kena macam ini. Aku dah la minat mereka berdua. Moga Kamal dan Qasha berkekalan hingga jannah!"
"Walaupun sekadar lakonan.. sedih pulak aku tengoknya."

"Jalan terus, Kamal. Semoga 2026 beri 1001 kebahagiaan. Rezeki tanpa disangka mengalir macam air. Tetap kuat! amin."

"Aku nampak aura Fattah Amin, Kamal ni biasa saja sebelum ni, tapi aku kagum dengan usaha dia nak selamatkan rumah tangga. Semoga berjaya, Kamal Adli," antara beberapa komen netizen.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh pr0siding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi k£s perceraian Kamal dan isterinya yang juga Uqasha Senrose.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: