Semua sedia maklum mengenai rumah tangga penyanyi Nubhan, 39, dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 35, yang kini berg0yah.
Berhubung itu, Dr Fie menerusi media sosial telah memuat naik satu hantaran dimana ia telah menarik perhatian apabila berkongsi tips kahwin kekal lama oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi perkongsian ringkas dan padat itu, Dr Mahathir atau Tun M memaklumkan, dalam keluarganya jarang berlaku insid£n membabitkan perceraian rumah tangga.
"Saya selepas berkahwin, family saya ini jarang ada bercerai. Kita bila berkahwin sampai meninggallah sebab saya tak suka meny@kit hatikan orang.
"Kalau kita kahwin lagi sekali, anak kita rasa macam mana, isteri kita rasa macam mana. Saya tak nak kenalkan mereka dengan tek@nan-tek@nan yang macam itu," katanya.
Selain itu, Tun M dalam masa sama turut menitipkan nasihat perkahwinan kepada golongan muda masa kini yang didapatinya mengambil pendekatan berkahwin lewat.
"Ya, saya dapati anak muda sekarang dia lambat berkahwin, kadang-kadang bila berkahwin pun tak mahu anak.
"Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini ialah kita ada 'aging population', ramai yang semakin tua, pengganti dari golongan muda ini kurang.
"Jadi nampak masyarakat kita masyarakat tua. Saya punya pendapat ialah kita perlu kahwin awal dan ada lebih banyak anak," ujar Tun M lagi.
Berhubung hantaran Dr Fie itu, jika diamati teliti, memang sekarang ini banyak k£s perceraian pasangan berlaku.
Terdahulu, Nubhan atau nama penuhnya, Ahmad Nubhan Ahamad, memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dilakukannya dan satu lafaz rujuk terhadap isteri di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Pada September lalu pula, Nubhan memfailkan tuntunan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Untuk makluman, Nubhan dan Dr Fie bernikah pada 29 Ogos 2015 dan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayillle, 3.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment