"Saya belum dimiliki. Saya mencari lelaki yang beriman dan berharta. Saya rasa dua kriteria ini perlu seiring. Saya mahu lelaki yang boleh membimbing sebab selama ini saya banyak berdiri sendiri.
"Jadi saya perlukan seseorang yang boleh membawa saya ke arah kebaikan. Asalkan dia tidak menunjuk-nunjuk kononnya alim. Cukuplah kalau dia seorang yang tenang. Saya harap ada lelaki seperti itu di luar sana."
Demikian tutur Isyariana, 35, dimana pelakon itu mengakui dia masih solo dan ingin mencari lelaki yang mempunyai dua ciri utama iaitu beriman dan 'berharta'.
Jelas Isyariana atau nama penuhnya, Isyariana Che Azmi, dia memerlukan lelaki yang mampu membimbing dirinya ke arah kebaikan serta bertanggungjawab.
Klik untuk gambar besar
"Saya tak pernah didekati lelaki yang cuba mengikis sebab saya pun tak pernah ada niat nak mengambil kesempatan terhadap duit sesiapa. Selama ini bekas teman lelaki saya pun taraf kami sama saja, bukan jenis yang terlalu 'berharta'.
"Tapi lelaki 'berharta' yang saya maksudkan adalah lelaki yang rajin bekerja dan mencari nafkah. Saya nak dia ada sifat tanggungjawab. Inilah konsep berharta yang saya cari," ujarnya
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment