20 November 2025

"YANG TAHU SAHAJA TAHU, BIARLAH YANG TERDEKAT SAHAJA TAHU" - ANDI BERNADEE ENGGAN ULAS TINDAKAN PADAM GAMBAR & VIDEO DI MEDIA SOSIAL



"Tak perlu nak komen lebih. Saya masih menjalani kehidupan harian seperti biasa," itulah ujar penyanyi Andi Bernadee ketika mengulas mengenai mengenai tindakannya memadam semua hantaran di media sosial miliknya.

Tindakan penyanyi itu telah menimbulkan tanda tanya, sekali gus memberi bayangan dirinya mahu menghilangkan diri.

Enggan memberi komen panjang atas keputusan yang dibuat itu, Andi yang tampil menjelaskan perkara tersebut, memberitahu, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana dia masih meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Klik untuk gambar besar

Menerusi pemerhatian, Andi dilihat membiarkan laman media sosial miliknya kosong tanpa apa-apa gambar atau video, malah difahamkan, penyanyi itu juga sudah tidak lagi aktif di media sosial sejak seminggu lalu.

Berhubung itu, ulas Andi, cukup sekadar orang terdekat mengetahui keberadaannya dan tidak perlu lagi untuk terlalu berkongsi di media sosial.
"Yang tahu sahaja tahu. Biarlah yang terdekat sahaja tahu," tuturnya yang dalam masa sama juga menganggap tempoh tidak aktif di media sosial adalah langkah terbaik untuk mencari sesuatu yang baharu buat dirinya.

"Biarlah bertenang dahulu sebelum memulakan sesuatu yang baharu," kata penyanyi yang popular menerusi lagu 'Satu Peluang', 'Donde', 'Shimmy' itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: