"Ada orang tanya saya dah tak berlakon dah ke? Saya cakap tak. Lima tahun dah. Saya suka lagi berniaga. Boleh kongsi rezeki dengan bagi banyak peluang perniagaan."
Demikian jelas pelakon Amar Asyraf, 39, dimana dia mengakui hidupnya kini lebih tenang selepas memilih untuk meninggalkan dunia lakonan dan menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan sejak lima tahun lalu.
Amar atau nama sebenarnya, Amar Asyraf Zailuddin, menerusi perkongsiannya di Thr£ads, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia percaya ia dapat membuka peluang untuk meluaskan perniagaannya.
Tambah pelakon itu, perniagaan yang diusahakannya itu memberi kepuasan tersendiri dan membolehkan dia untuk berusaha serta menjadi seorang yang sangat kreatif melalui perniagaannya itu.
"Saya rasa hidup saya lebih tenang dan seronok lagi sekarang. Tawakal pada Allah itu lebih, usaha dan kreativiti saya lagi mencanak-canak perginya. Terima kasih Allah.
"Tambah lagi, ada isteri saya yang kepala sama suka cari duit. Rezeki saya lah Allah bagi dapat dia," tulis Amar yang kini sedang bergiat aktif dalam menjalankan perniagaan minyak wangi House Of Amar di Shah Alam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment