"Berkaitan dengan Uqasha, bukan rahsia bahawa dia telah mendaftar dalam pr0gram saya. Namun, kerana jadual kerjanya yang padat, dia belum sempat lagi memulakan sesi coaching yang sebenar.
"Sejak bertemu dengan saya dan isteri, dia menjadi sangat rapat dengan isteri saya, dan kehadiran kami di mahkamah hanyalah sebagai rakan."
Itulah kata individu dikenali sebagai Coach Cerai iaitu Izary Iqbal, dimana dia menjelaskan, pelakon Uqasha Senrose telah pun mendaftar untuk pr0gramnya namun belum sempat memulakan sesi 'coaching'.
Coach Cerai yang berkongsi perkara itu menerusi satu kenyataan di Thr£ads, turut memberitahu, sejak pertemuan mereka Uqasha dan isterinya rapat dan kehadiran mereka ke mahkamah menemani pelakon itu hanya sebagai rakan.
Dalam masa sama, Coach Cerai juga meluahkan rasa k£sal apabila pihak berkuasa agama bertind@k tanpa menghubunginya terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan.
"Kemudian pihak berkuasa agama bertindak atas aduan terhadap Cerai Coach dengan kenyataan ringkas dan tidak komited.
"Tiada usaha untuk menghubungi saya. Tidakkah mereka ingin menyi@sat atau sekurang-kurangnya mendengar penjelasan daripada pihak saya?
"Penjelasan saya?" ujarnya yang bagaimanapun berkata, tindakan menggalakkan atau mengh@sut pasangan bercerai bukan perkara dilakukan oleh Coach Cerai.
"Saya nak jelaskan, menggalakkan atau mengh@sut orang bercerai adalah kerja gil@. Itu bukanlah apa yang dilakukan oleh seorang coach cerai.
"Divorce coach adalah peranan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan istilah coach cerai hanyalah terjemahan tempatan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment