22 December 2025

"SAYA SEBENARNYA NAK IBU TURUT DATANG, TAPI DIA TAK BOLEH..." - MARK ADAM SEBAK BERTEMU KAKAK & KELUARGANYA SELEPAS 5 TAHUN BERJUMPA



"Ini kali pertama mereka (keluarga kakak saya) datang ke Malaysia. Saya memang terk£jut bila nampak keluarga kakak saya hadir ke konsert minggu ini. Saya sebenarnya nak ibu turut datang, tapi dia tak boleh tinggalkan cucu-cucunya di sana."

Demikian ujar bintang Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Mark Adam, dimana dia gag@l menahan air mata selepas berjumpa dengan kakak sulungnya bersama keluarga di Auditorium MBSA, Shah Alam selepas selesai konsert kelapan GV 12.

Tutur penyanyi kelahiran Filipina yang menetap di Malaysia itu, sudah lima tahun dia tidak bertemu dengan kakaknya dan tidak menyangka keluarganya sanggup hadir ke Malaysia semata-mata untuk menyokong persembahannya.

Klik untuk gambar besar

Jelas pemilik nama sebenar, Fikri Mark Adam Abdullah, ini lagi, dia tidak dapat pulang ke Filipina sejak pand£mik C0V1D melanda dunia dan atas faktor kewangan.

"Kali terakhir saya balik ke Filipina lima tahun lepas, sebelum pand£mik. Selepas itu, ekonomi saya tidak begitu stabil. Sebelum C0V1D, saya boleh balik hampir lima kali setahun.
"Tapi selepas pand£mik, memang tak mampu. Kami cuma berhubung melalui panggilan video sahaja," katanya yang juga tidak lupa merakamkan penghargaan buat isterinya yang disifatkan sebagai tulang belakang dan penyokong terbesarnya.

Sebelum ini, Mark turut mencvri perhatian apabila tidak dapat menahan sebak ketika sesi sidang media apabila kakak serta anak-anak buahnya tiba-tiba muncul dan memeluknya.

Kemudiannya, Mark dilihat bangun meninggalkan sesi tersebut dan memeluk keluarganya dengan erat, sekali gus menc£tuskan momen penuh em0si yang turut menyentuh hati rakan-rakan media yang hadir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: