05 December 2025

AL-FATIHAH - BUNG MOKTAR DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada pelakon Zizie Ezette atas pemergian suaminya, Datuk Seri Panglima (Dr) Bung Moktar Radin, 66, yang disahkan telah meninggal dunia pada jam 1.46 pagi Jumaat.
Berita pemergian itu disampaikan Zizie menerusi hantaran di media sosial miliknya, dimana ia turut dikongsikan oleh anaknya, Naim Kurniawan menerusi Facebooknya.

"Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2025, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

"Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," tulis anak arwah.

Beberapa jam sebelum berita itu dikongsikan kepada khalayak, Zizie sempat memuat naik beberapa siri video di media sosial, memohon doa daripada orang ramai.

"They may not know his heart buat I do. For 16 years I've seen his kindness, his generosity, his selfless love for people. Please keep him in your prayers," tulis Zizie dalam sepotong video bersama anak-anak mereka.

Dalam hantaran berbeza, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam itu turut menyerahkan segala takdir kepada Yang Maha Esa.

"Some prayers don't have words anymore, only tears and trust. Tonight I leave one beloved soul in Allah's hands and let this moon carry what my heart can't say out loud," tuturnya lagi.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu dan dilaporkan dalam keadaan krit1kal oleh sebuah p0rtal berita tempatan.

Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin mengesahkan bahawa Bung Moktar berada dalam keadaan kesihatan yang s£rius selepas mengalami kegag@lan fungsi buah pinggang dan jangk1tan t£ruk pada paru-paru.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: