"Masih lagi dalam keadaan kek@lutan di mana kami belum jumpa lagi kata putus untuk melakukan apa-apa. Sudah hampir dua tahun kami tidak bertegur, saya tak pasti jika dia (Sharif) ada bertegur dengan keluarga atau tidak."
Itulah jelas pelawak Atu Zero, dimana dia mengakui kem£lut antaranya dengan abangnya, Syarif masih belum pulih dan hampir dua tahun mereka tidak bertegur.
Kata Atu, belum ada usaha s£rius dilakukan oleh mana-mana pihak untuk menyelesaikan kem£lut berkenaan, selain turut menjelaskan, hubungannya dengan seorang lagi abang iaitu Melati masih dalam keadaan baik dan sebagai abang sulung, Melati ada memberikan nasihat.
Klik untuk gambar besar
"Tetapi saya dengan abang saya, Melati (Saiful) baik-baik sahaja. Baru-baru ini kami pun ada bekerja sama-sama. Dengan Melati tak ada isu tapi dengan yang lagi satu lah kot... tapi kalau tanya saya, bukan sal@h saya.
"Melati ada hantar emoji di group WhatsApp kami, dia tidak cakap apa-apa, no komen. Cuma dia abang sulung jadi dia tahu mana yang terbaik untuk kita adik-beradik.
"Jadi abang sulung ini dia banyak berdiam tetapi dia juga ada banyak bagi nasihat, apa-apa pun kerja kita tetap kita buat," tuturnya yang berkata, dia akan tetap profesional jika ditakdirkan kembali bekerjasama di atas pentas bersama Sharif.
"Kalau kita satu hari nanti direzekikan untuk bekerjasama atas pentas bersama, kita profesional, kerja buat macam biasa. Melati cakap apa-apa pun jangan berg@duh, berg@duh lah. Siapa rasa bersal@h minta maaf," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment