21 December 2025

ANAK BERJAYA KHATAM AL-QURAN & JADI TOKOH PELAJAR - IZREEN AZMINDA LUAH RASA BANGGA, RASA DIRI BANYAK KEKURANGAN : "MAMA MUNGKIN BUKAN SEORANG IBU YANG BAIK..."



"Berjuta tahniah buat putera pertama kesayangan mama, Adrian Umar kerana berjaya khatam Al-Quran. Graduate dan terpilih antara yang terbaik untuk menerima anugerah TOKOH pada tahun ni.

"Setiap tahun abang tak penah gag@l banggakan mama, opah dan cikgu-cikgu. Jauh disudut hati mama, macam-macam perasaan ada.. sebak, terharu dan terlalu bangga dengan pencapaian abang. Terima kasih abang.

"Mama mungkin bukan seorang ibu yang baik tapi mama akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk abang. Mama mungkin seorang ibu yang penuh dengan kegag@lan, tapi mama sentiasa akan berusaha menjadi seorang ibu yang tiada kecac@tan untuk abang.

Klik untuk gambar besar

"Mama mungkin sentiasa dijalan yang sal@h, tapi mama akan berusaha menjadikan jalan itu lurus untuk abang. Terima kasih abang kerana sentiasa bersama mama 🥺"

Demikian tulis pelakon Izreen Azminda, menerusi sebuah hantaran di media sosial, dimana dia menzahirkan rasa bangga atas pencapaian anak sulungnya, Adrian Umar, yang berjaya khatam Al-Quran serta terpilih sebagai tokoh pelajar di sekolah.
Kata Izreen, demi menjadi antara pelajar cemerlang, setiap tahun anak lelakinya itu sentiasa berusaha memberikan yang terbaik seterusnya mampu membanggakan keluarga.

Tuturnya lagi, dia yang merasakan dirinya mempunyai banyak kekurangan itu tidak pernah berhenti berusaha untuk menjadi seorang ibu yang terbaik dalam membimbing anak-anaknya.

Dalam hantaran sama, Izreen turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para guru yang telah mendidik dan membimbing anaknya sehingga berjaya menjadi pelajar cemerlang.
"Dan tak lupa juga buat semua guru-guru Adrian yang mencurahkan ilmu dan kasih sayang yang tiada tandingan buat Adrian.

"Menggalas sebahagian tanggungjawab untuk mendidik dan membentuk Adrian menjadi manusia yang berguna.

"Jasa-jasa cikgu pada Adrian tak ternilai dengan apa sekalipun di dunia ni. Terima Kasih Cikgu 🥹," katanya.
"Dan tak lupa buat hero kecil mama, Aaron Ibrahim, sentiasa ceria dan aktif.. Tahniah Aaron graduate hari ni dan terima kasih buat Cikgu Mazz & Cik Fatin tak penah lelah mencurahkan ilmu buat anak2 kecil ini. Terima Kasih semua ❤️❤️❤️

Untuk makluman, Adrian ialah anak sulung kepada Izreen hasil perkahwinan pertamanya bersama Muhamad Riza Baharudin pada 2012, sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014.

Pada 2017, Izreen kembali mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Uda Wahid dan dikurniakan tiga cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: