"Saya tujukan lagu itu pada Uqasha dan Kamal kerana kisah mereka viral. Itu sahaja," ujar vokalis kumpulan Gersang, Man Bai, ketika mengulas mengenai tindakannya menujukan lagu 'Masih Aku Terasa' khas buat pasangan suami isteri, Kamal Adli dan Uqasha Senrose.
Malam tadi, Man Bai berjaya membuat penonton Showcase Rock Legends Live at Saloma Kuala Lumpur tersenyum, bersorak, malah ada yang tergelak kecil apabila beliau menujukan lagu tersebut.
Bukan itu sahaja, malah Man Bai juga mengubah sebahagian lirik lagu hit tersebut apabila di penghujung lagu beliau menyelitkan baris, "...seperti baru semalam kita menikah", menggantikan lirik asal, "...seperti baru semalam kita berpisah."
Tindakannya itu jelas mengundang sorakan penonton, terutama mereka yang mengikuti kisah rumah tangga Kamal dan Uqasha di media sosial.
Kemunculan kumpulan yang dianggotai Jojet, Kid dan Man Greng itu nyata mengubat kerinduan peminat menerusi lagu ikonik seperti 'Sunyi', 'Bersama Suara Hati' dan 'Kaca Dari Permata'.
Selain persembahan Gersang, showcase berdurasi lebih dua jam itu turut memukau penonton dengan persembahan Ito Blues Gang, Rahmat Mega, Yantzen, Mel, serta kemunculan istimewa Eddie Slam, Shahrul Ekamatra, Halim Nine, Joe Branko, Eddie dan Black.
Pada malam itu, Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Riza Che Umar, turut menyampaikan sumbangan kepada penggiat seni, antaranya Uji Rashid dan anaknya, Cico, Wan Maimunah, Rashid Jaafar, Mat Sentol, Rashidah Jaafar dan Harun Hashim.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment