"Realitinya lagu-lagu viral di TikT0k hari ini agak berbeza dengan lagu-lagu dahulu. Beat, struktur dan pengulangan juga berbeza. Dari segi kualiti, mungkin tidak sama seperti dulu dan saya setuju dengan perkara itu."
Itulah kata penyanyi Fauziah Latiff, 55, dimana dia berpandangan fenomena lagu viral di TikT0k membawa pendekatan yang berbeza berbanding karya muzik pada era terdahulu.
Menurut Fauziah atau nama sebenarnya, Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, sejajar dengan perkembangan media sosial dan kehendak pasaran semasa, perubahan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Dalam pada itu, Fauziah bagaimanapun tidak menafikan bakat dan kreativiti yang dimiliki pencipta lagu generasi baharu, malah menganggap keupayaan mereka menghasilkan karya yang sesuai dengan platf0rm digital sebagai satu pencapaian tersendiri.
Klik untuk gambar besar
"Saya rasa pencipta baharu ini mereka kreatif dan ada yang sangat berbakat kerana mampu menghasilkan karya yang cantik dari segi lirik, komposisi, mood dan rasa serta memenuhi keperluan di media sosial.
"Jujur bagi saya itu sudah satu pencapaian yang baik," ujarnya yang turut memaklumkan, dia tetap berpegang teguh pada prinsip mengutamakan lirik yang berkualiti dan mengakui segan untuk membawakan genre tertentu kerana bimbang terhadap persepsi masyarakat terhadap imejnya.
Jelas Fauziah lagi, dia tetap memilih untuk setia dengan pendiriannya yang lebih menitikberatkan aspek lirik dan komposisi, namun secara peribadi dia tidak mempunyai sebarang mas@lah dengan tr£nd semasa.
"Tentang lirik pula, ada lagu yang orang lain okay, tetapi bagi diri saya, ada rasa segan. T@kut nanti orang kata buat sesuatu semata-mata untuk ikut tr£nd.
"Secara peribadi, saya tiada isu, tetapi saya lebih menitikberatkan lirik dan komposisi. Itu lebih baik untuk diri saya sendiri," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Fauziah teruja apabila penampilan khasnya di konsert JessC My Style yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada malam Sabtu menerima pujian penonton.
Konsert yang dihadiri lebih 3,500 penonton itu menyaksikan Fauziah tampil bertenaga membawakan beberapa lagu popularnya seperti 'Dia' dan 'Kenari', sekali gus mengubat kerinduan peminat yang hadir.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment