22 December 2025

HANYA TERLANTAR DI KATIL - VANESSA SEBAK KENANG NASIB ABANG OKU : "DOKTOR MAKLUMKAN KEBARANGKALIAN UNTUK DIA PULIH SEPERTI DAHULU SANGAT RENDAH"



"Dulu sekurang-kurangnya dia masih boleh berjalan sendiri dan ke tandas, walaupun perlu dibantu. Tapi sekarang dia lebih banyak terlantar di katil, jadi penjagaannya menjadi lebih mencab@r."
Demikian tutur penyanyi Vanessa Reynauld, 25, dimana dia berkongsi mengenai keadaan kesihatan abangnya yang tidak menentu hingga suk@r bergerak, sekali gus menyebabkan pergerakannya terbat@s.

Vanessa atau nama penuhnya, Vanessa Ben Reynauld, menjelaskan, sejak Mei lalu, abangnya iaitu Christopher, 36, mula mengalami mas@lah berkenaan apabila tidak lagi mampu berjalan dan mengangkat tangan seperti sebelum ini.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat sesuatu yang menekan pada tulang belakang abangnya, sekali gus menj£jaskan keupayaan pergerakannya.

"Doktor maklumkan kebarangkalian untuk dia pulih seperti dahulu sangat rendah. Jadi kami sekeluarga ambil keputusan untuk tidak meneruskan rawatan agr£sif kerana tidak mahu dia melalui kes@kitan dan ketidakselesaan yang lebih t£ruk," katanya.

Kongsi Vanessa, abangnya itu sebelum ini didiagn0sis sebagai orang kelainan upaya (OKU - D0wn Syndr0me) dan hanya kerap dimasukkan ke hospital akib@t pneum0nia, namun masih berada dalam keadaan kesihatan yang baik serta mudah dijaga.

"Sampai jururawat hospital pun kenal saya sebab saya selalu jaga abang setiap kali dia dimasukkan ke wad," ujar Vanessa.

Namun penyanyi itu turut bersyukur apabila melihat perkembangan p0sitif sejak dua minggu lalu apabila abangnya sudah mampu duduk sendiri selepas diberikan sokongan vitamin dan latihan ringan.

"Bila nampak dia boleh duduk sendiri pun saya dah sangat gembira. Itu satu permulaan yang baik. Harapnya suatu hari nanti dia boleh berdiri semula," tuturnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penjagaan pula, Vanessa mengakui, ia bukan tugas mudah memandangkan fizikal abangnya yang agak besar, namun dibantu oleh pembantu rumah serta ahli keluarga.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain, Vanessa baru sahaja melancarkan single terbaharunya dalam Bahasa Mandarin yang berjudul 'Would You Leave Me Too?'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: