22 December 2025

"INI SANGAT MELAMP4U!" - KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE B£NGANG INDIVIDU S£BAR FITN4H DAKWA HAWRA UQAIRA ANAK DENGAN LELAKI LAIN



"Kalau nak jantan lain tak adalah sanggup bertah@n? Dan ada nampak saya ada orang lain?" itulah kata pelakon Uqasha Senrose, 33, yang meluahkan rasa k£sal apabila seorang individu di media sosial mel£mparkan fitn@h dengan mendakwa Hawra Uqaira bukan anak pelakon Kamal Adli.

Uqasha menerusi hantaran di media sosial telah memuat naik komen individu berkenaan serta membal@s dengan mengatakan, jika benar dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain, dia tidak akan sanggup bertah@n dengan perkahwinannya.

"Entah-entah anak orang lain yang dia (Uqasha) kandung tapi Kamal tutup maruahnya dengan tak bagi statement (kenyataan) apa-apa pun," kata individu terbabit.

Disamping itu, pada malam 1 Rejab, Uqasha turut berdoa selepas difitn@h sedemikian serta meluahkan dirinya rasa kecewa.

Klik untuk gambar besar

"Ya Allah pada malam 1 Rejab ni, aku difitn@h sebegini t£ruk. Ya Allah kerana dia, aku dengan anak jadi begini t£ruk.. Ya Allah kec£wanya," tulisnya.

Sementara itu, Kamal, 39, menerusi hantaran di Thr£ads juga tampil meluahkan rasa b£rang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab meny£barkan fitn@h bahawa Hawra bukan dar@h dagingnya.

Dalam luahan itu, Kamal menyifatkan tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang tidak munasabah, selain men£gaskan Hawra merupakan anak kandungnya bersama Uqasha.
"Ini sangat melamp@u! Terlalu melamp@u untuk manusia normal dan sebagai Muslim. Itu anak kandung saya!" kata Kamal yang turut memuat naik tangkap layar komen netizen yang menuduh Hawra bukan anak kandungnya.

Dalam masa sama, Kamal juga berharap orang ramai berhenti meny£barkan sesuatu yang tidak benar sehingga menimbulkan fitn@h terhadap keluarganya.

"Tolong manusia, kalau tiada apa yang baik hendak ditulis, tolong jangan sampai tahap ini," tuturnya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata meminta agar Kamal mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen pula, Kamal memberitahu perkongsian tersebut dibuat sebagai satu langkah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah meny£barkan cerita palsu.

Kem£lut rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi perhatian ramai apabila pelakon wanita itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.
Namun, pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat.

Bagaimanapun, peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertah@nkan rumah tangga.

Susulan itu, mahkamah menetapkan pr0siding perceraian antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari 2026.

Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: