"Selamat Hari Lahir kepada adik perempuan saya, litlemisskhan (Ameera Khan), kesayangan dalam keluarga ini.
"Seorang yang sanggup memberikan terbaik, tenaga, malah segalanya semata-mata untuk memastikan orang lain berada dalam keadaan baik.
"Hati seperti ini? Ia sangat jarang ditemui, kami nampak dan kami hargainya. Kami SAYANG sangat-sangat dengan kamu kerana itu."
Itulah tulis pemp£ngaruh, Noor Nabila, 41, menerusi media sosial, dimana hantaran yang dimuat naiknya itu menarik perhatian netizen selepas memuat naik ucapan hari lahir ke-25 buat adiknya, Ameera Khan yang j@tuh pada 8 Disember lalu.
Dalam hantaran itu, Nabila atau nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor, menggambarkan Ameera seorang yang berhati mulia dan sentiasa sanggup berk0rban demi kebahagiaan keluarga, malah juga menyifatkan adiknya itu individu luar biasa, namun masih mengekalkan sikap rendah diri.
Klik untuk gambar besar
"Awak telah mencapai begitu banyak benda dalam kerjaya. Dipilih untuk mewakili Malaysia serta bekerjasama dengan jenama antarabangsa besar, mengembara ke seluruh dunia dan dibayar untuk melakukan apa yang awak cintai.
"Awak masih rendah diri serta lemah lembut kerana awak mempunyai hati yang murni," katanya yang turut men£gaskan, meskipun Ameera sering menjadi sas@ran komen neg@tif dan rasa ir1 hati sesetengah pihak, orang ramai tidak pernah boleh untuk menjadi diri adiknya itu.
"Mereka boleh bercakap.. Mereka boleh ir1 hati... dan mereka akan sentiasa begitu. Tapi teka apa? Mereka tidak pernah boleh untuk menjadi AWAK. Awak terlalu sibuk untuk menang, babyku sayang.
"Terlalu sibuk untuk menjana wang sendiri dan membina hidup sendiri. Untuk menjadi seorang yang berdikari," ujar Nabila yang juga kakak kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa.
Kata Nabila lagi, Ameera bukan sahaja menerima segala kemewahan yang diberikan, tetapi juga berjaya meniti kerjaya sendiri.
Baginya, kejayaan yang dicapai adiknya itu adalah bukti usaha serta dedikasi Ameera dalam membina kerjaya, sekali gus menjadi inspirasi kepada orang ramai.
"Awak boleh beli apa saja yang awak nak (selain apa yang mama dan daddy dah manjakan awak). Ya awak memang selalu dimanjakan tetapi awak juga boleh berjaya dan itu adalah kehidupan yang seimbang.
"Awak betul-betul hidup dalam impian yang orang lain hanya mampu bayangkan dan paling best awak dapat capai semuanya dengan usaha sendiri," tuturnya.
Disamping itu, Nabila juga berharap agar adiknya terus bersinar dan mengejar impian serta menitipkan kata-kata bahawa keluarganya akan sentiasa berada di sisi dan berasa bangga dengan apa jua pencapaian adik perempuannya itu.
"Sekarang pergilah jadi bintang yang awak inginkan. Terus kumpul memori, rezeki dan cop pasport. Kami (keluarga) akan sentiasa ada di sini, bersorak dan bangga dengan awak. Kami sayang kamu baby girl. Selamat hari lahir," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment