Selepas sekian lama pintu hati tertutup, penyanyi Adira Suhami, 34, yang merupakan seorang ibu tunggal empat cahaya mata itu akhirnya bersedia membukannya kembali.
Kata Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, selama ini dia dikenali sebagai wanita setia walaupun tidak berada dalam perhubungan.
Akuinya lagi, ada lelaki cuba mendekati dirinya, namun dia yang tidak membuka pintu hati.
"Ini masanya saya mencari dan membuka kembali 'kandang' (pintu hati) yang sudah tertutup lama. Ramai yang datang mendekati saya, cuma saya yang tutup pintu.
"Saya bukan nak kahwin, jangan mengelabah. Saya cuma nak buka hati, pusing-pusing dulu. Kita pun nak bahagia, rasa dihargai, disayangi.. bukan sekadar dengar perkataan 'sayang' saja," ujarnya.
Dalam pada itu, Adira menjelaskan, dia tidak mahu jodoh yang terlibat dengan dunia glamor atau dikenali, sebaliknya mahukan lelaki dikalangan orang biasa sahaja.
"Kalau boleh saya tak nak pempengaruh atau orang dikenali. Saya nak orang yang biasa-biasa saja," katanya yang turut mengakui, sebagai wanita sudah pasti dia mempunyai naluri mahu dimanjakan serta ada tempat bergantung.
"Kita ni nak juga bermanja. Bila dah biasa sangat jadi pr0vider dan independent, kita jadi teringin ada tempat bergantung sekali sekala," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment