"Walaupun saya dan ibu berlainan agama, sebagai seorang anak saya tetap berada di sisi hingga ke akhirnya itulah tanda penghormatan dan kasih sayang."
"Sebagai seorang Muslim, saya menjaga batas agar tidak melangg@r syariat. Kerana Islam tidak pernah memutuskan hubungan kekeluargaan. Tambahan pula, ini ibu yang melahirkan kita.
"Pagi tadi (semalam) selesai urusan di hospital, kini mendiang ibu dibawa ke kuil untuk sanak saudara memberi penghormatan terakhir, sebelum disemadikan pada hari Rabu ini."
Demikian tulis pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 57, menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia berkongsikan detik terakhir bersama mendiang ibunya.
Dalam hantaran itu, Adam berkata, sebagai anak, dia tetap menjalankan tanggungjawab terhadap ibunya hingga ke akhir hayat, malah tetap berada disisi mendiang sebagai tanda penghormatan.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, isteri kepada Adam iaitu Fazima Fuad meluahkan rasa syukur apabila pengurusan mendiang ibu mentuanya yang meninggal dunia pagi Sabtu dipermudahkan walaupun berlainan agama.
Kongsinya, mereka berbincang dengan baik bersama keluarga mentuanya mengenai pemilihan keranda serta persiapan lain sebelum upacara penghormatan terakhir dijalankan.
"Alhamdulillah selepas selesai urusan di bahagian for£nsik hospital, mendiang mak mentua saya dibersihkan dan dipakaikan dengan rapi.
"Kami berbincang dengan penuh tertib tentang pemilihan keranda, tempoh berapa hari upacara serta hal-hal berkaitan," kata Fazima yang turut memaklumkan, sikap saling menghormati menjadi asas penting dalam keluarga mereka.
"Apabila berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa, nilai hormat-menghormati adalah sangat penting. Alhamdulillah, walaupun suami telah memeluk Islam, kami tetap menghormati agama dan kepercayaan keluarga.
"Berlainan agama tidak menghalang kami untuk terus berkasih sayang. Keluarga tetap keluarga. Cuma sebagai orang Islam, kami menjaga batas-batas yang ditetapkan syariat," jelasnya.
Sebelum ini, Adam berkongsi berita duk@ pemergian mendiang ibu tercinta yang meninggal dunia di usia 84 tahun pada Sabtu lalu.
Terdahulu, Adam pernah memaklumkan kepada media ibunya sudah beberapa tahun mengalami keuzuran.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment