"Ini sangat melamp@u. H1na, m@ki, caci mengata sampai diri ini dah taka da muka oleh netizen! Halus sangat cara awak ni. Di mata orang, ya, nampak saya macam orang tak b£tul sebab g£ram dengan halusnya cara awak ya? Nampak berkias-kias itu."
Itulah ujar pelakon Uqasha Senrose, 33, menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, dimana perkongsiannya itu sekali lagi mendapat perhatian netizen.
Dalam perkongsian itu, Uqasha meluahkan rasa kec£wa apabila mendakwa dirinya dih1na secara halus sehingga digambarkan sebagai individu 'tidak betul' di mata warga maya.
Sebelum ini, dalam hantaran lain, Uqasha turut menyertakan tangkap layar perbualan dengan peguam mengenai hasratnya untuk mengambil barang peribadi di kediamannya, namun mendakwa perlu melalui proses yang disifatkan sebagai 'menyus@hkan', seolah-olah perlu membuat janji temu sebelum dibenarkan masuk.
"Fuhh penat macam ini, kenapa? Bila saya tak kasi MasyaAllah. Saya ambil tutor atau private playschool untuk anak, dia ada kelas dan saya nak ke rumah yang penuh barang saya pun kena ada dates (tarikh) juga? So, apa ni..
"Dan bila awak kata terjumpa dan merancang dengan adik saya, mestilah dengan izin walaupun awak cakap jangan beritahu siapa-siapa. Saya ibunya dan mestilah ibu saya pun tahu hal ini. Kalau tidak, Uqaira tak akan boeh dibawa keluar begitu sahaja. Fitn@h apa lagi ini," katanya.
Selain itu, pelakon terbabit turut mempers0alkan kewajaran syarat itu apabila ada pihak lain menghubunginya bertanyakan 'kelas apa' yang diikuti anaknya, seolah-olah mempertik@i urusan tersebut hingga menimbulkan persoalan sama ada dia benar-benar perlu untuk membuat janji temu masuk ke rumah sendiri.
Namun, hantaran yang paling menyentuh hati ialah apabila Uqasha mendedahkan perasaannya yang berat sewaktu membenarkan anak perempuannya itu dibawa keluar pihak lain, selain mendakwa anak perempuannya ini turut dijadikan 'p£luru' dalam k0nflik yang sedang berlaku dalam rumah tangganya.
Bukan itu sahaja, Uqasha turut berkongsi hantarannya di media sosial mengenai Kamal yang jarang memuat naik gambar dan video dirinya dan anak mereka di media sosial sehingga Uqasha perlu merakam dirinya sendiri untuk disimpan sebagai memori.
Sementara itu, peguam Syarie yang mewakili Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan, pasangan terbabit dirujuk Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi pr0ses rundingan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum pr0siding seterusnya yang ditetapkan pada 18 Disember ini.
Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, manakala pr0siding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment