30 December 2025

BILA ABBY ABADI BERANGAN ANAKNYA, MARISSA DANIA DAPAT MERASA MAJLIS PERSANDINGAN : "DIA BERHAK DIRAIKAN SEBAIKNYA"



"Mama tengah berangan ni.. Berangankan free hihi.. Doakan untuk anak cantik Mama, Marissa Dania agar ada rezeki merasa majlis yang indah-indah... supaya jadi kenangan abadi untuk diri dia sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya."

Itulah ujar pelakon Abby Abadi, 48, dimana dia meluahkan harapan agar anak keduanya iaitu Marissa Dania dapat diraikan dalam majlis persandingan serba indah satu hari nanti.

Abby yang berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial, turut mendoakan agar anaknya diberi rezeki merasa majlis perkahwinan untuk dijadikan kenangan.

Dalam masa sama, pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan ini juga menitipkan doa agar segala urusan anaknya itu dipermudahkan dan kehidupannya dipelihara dari segala ujian.

"Ya Allah, semoga ada rezeki untuk anak ini. Ya Allah Majlis yang serba indah, yang penuh ketenangan, serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan.

Klik untuk gambar besar

"Lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman," tulisnya.

Untuk makluman, Marissa mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Thailand pada 27 Disember 2023 lalu.

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum mengadakan sebarang majlis untuk mengumumkan hubungan mereka.

Aslam juga merupakan suami kepada pemp£ngaruh, Umisya Mazlan dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: