30 December 2025

BARANG-BARANG PERIBADI DICAMP4K DI DEPAN RUMAH IBU - BEKAS ISTERI B£NGANG DENGAN NUBHAN : "KEJ4M KAMU... KERETA, RUMAH & KLINIK, SEMUA ITU HANYALAH CONTENT SEMATA-MATA"



"Saya sedang berada di luar negara, namun barang-barang saya dikeluarkan dari rumah yang saya duduki bersama anak-anak tanpa pengetahuan saya. K£jam kamu, Nubhan.

"Semua barang saya dicamp@k begitu sahaja di hadapan rumah ibu. Sedih diperlakukan sebegini. Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku. Telefon pembantu rumah turut diramp@s.

"Barang-barang berharga saya siapa yang pegang? Duit dan emas saya di mana? CCTV pula ditutup. Ini sudah keterlaluan. Saya tidak tahu lagi bagaimana mahu bersabar.

Klik untuk gambar besar

"Rumah dan kereta atas nama kamu, lalu semudah itu kamu buang saya. Lepas itu kononnya hadiah kereta, rumah dan klinik. Semua itu hanyalah content semata-mata."

Demikian tulis bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, menerusi media sosial, dimana dia meluahkan rasa kec£wa dan b£rang apabila mendakwa barangan peribadi miliknya bersama anak-anak dikeluarkan dari kediaman mereka tanpa pengetahuan serta persetujuan.

Kata Dr Afifah atau Dr Fie, apa yang membuatkan dirinya terk£jut dan terkil@n dengan tindakan bekas suami yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan, kejadian itu berlaku ketika dia sedang berada di luar negara.
Dalam pada itu, Dr Fie turut memberitahu, perkara tersebut bukan kali pertama berlaku dan lebih t£ruk lagi, dia juga mendedahkan pemberian Nubhan seperti kereta, rumah dan klinik sebelum ini hanyalah untuk dijadikan sebagai kandungan (konten) media sosial.

Ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, kesabarannya kini sudah sampai ke kemuncak selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri demi menjaga a1b dan maruah semua pihak.

"Saya masih ada ibu bapa. Di mana hormat kamu terhadap orang tua saya? Adakah ini yang dikatakan anak soleh? Kamu ani@ya saya seperti ini. Saya sudah tidak mampu lagi berdiam diri. Tangan saya menggigil. Dah tak dapat nak buat ayat baik-baik lagi.
"Sekurang-kurangnya tunggulah urusan harta sepencarian selesai atau berbincang secara elok. Kenapa perlu buat secara meng£jut? Saya yang akan pulang penat-penat dan lihat keadaan rumah bert£rabur. Ya Allah, kuatkan aku," katanya.

Untuk makluman, Nubhan dan Dr Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui pr0siding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: