Sebagai tanda penghargaan, pelakon Fattah Amin telah membuat k£jutan istimewa dimana dia telah menghadiahkan sebuah kereta jenama Toyota Noah berwarna 'red mica metallic' kepada ibunya, Azizah Abdul Ghani.
Menerusi sebuah video tular yang dikongsikan oleh sebuah syarikat jualan di media sosial, ibu Fattah dilihat terk£jut apabila menerima hadiah istimewa daripada anaknya itu.
"Tahniah Fattah kerana dapat menghadiahkan ibu sebuah kereta Toyota Noah. Semoga Fattah dan sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat. Hari ini untuk ibu, mungkin esok untuk Amira pula?" katanya.
Klik untuk gambar besar
Bahkan, ada juga yang menjadikan Fattah sebagai contoh dan menyimpan hasrat untuk melakukan perkara yang sama.
"Masya-Allah, Alhamdulillah, tahniah buat ibu Fattah."
"Alhamdulillah, berkat doa seorang ibu, Allah kurniakan rezeki yang lebih untuk Fattah."
"Rezeki yang berkat apabila anak dapat membahagiakan ibu," antara komen-komen yang ditulis netizen.
Untuk info, kereta Toyota Noah biasanya dijual di pasaran Malaysia pada harga sekitar RM115,000 hingga RM170,000, bergantung pada spesifikasi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment