29 December 2025

ANAK KEDUA HIDAP T0NSIL TAHAP EMPAT SEHINGGA TERPAKSA JALANI PEMB£DAHAN - EYRA HAZALI TAK SANGKA BERDENGKUR KETIKA TIDUR ANTARA TANDA-TANDANYA



"Anak tidur berdengkur tak normal. Endra tidur berdengkur dan saya sangka itu perkara biasa, sehinggalah saya sedar dia berhenti bernafas sekejap kemudian asyik k£ncing tiap-tiap malam."

Itulah kata pelakon Eyra Hazali, 26, dimana dia berkongsi pengalaman c£mas apabila anak keduanya, Endra disahkan menghidap mas@lah t0nsil tahap empat sehingga terpaksa menjalani pemb£dahan pada Julai lalu.

Jelas Eyra atau nama sebenarnya, Hazira Qasdina Hazali, dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila Endra kerap berdengkur kuat ketika tidur, selain pernafasannya tidak normal.

Eyra yang berkongsi perkara itu menerusi Thr£ads, turut berkongsi foto yang memaparkan dua t0nsil yang berjaya dikeluarkan hasil pemb£dahan tersebut.

Susulan itu, Eyra membawa Endra mendapatkan pemeriksaan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), sebelum doktor mengesahkan kedua-dua t0nsil anaknya memb£ngkak pada tahap empat.

Klik untuk gambar besar

Menurutnya lagi, anaknya itu turut mengalami mas@lah kerap membuang air kecil pada waktu malam tanpa sebab yang jelas sebagai isyarat daripada tubuh badan dan perkara itu menambahkan lagi kebimbangannya.

"Bila bawa ke ENT, doktor dapati kedua-dua t0nsil Endra b£ngkak tahap empat dan hampir menutup laluan pernafasan.

"Ramai yang tanya apa kena-mengena dengan k£ncing. Bila oksigen tak sampai ke otak, otak akan menghantar isyarat kepada badan untuk kencing supaya badan menjadi peka dan terjaga daripada tidur," tuturnya.

Dalam pada itu, Eyra berkata, selepas mengetahui tahap kesihatan anaknya s£rius, dia tidak menunggu lama apabila mengambil tindakan segera dan Endra terpaksa menjalani pemb£dahan pada usia tiga tahun.
Kongsinya lagi, sepanjang tempoh pemulihan, gelagat Endra seakan-akan bayi yang baru lahir kerana memerlukan perhatian rapi dan kerap menangis.

"Seminggu itu macam bayi baru lahir. Bangun tengah malam dia menangis, kena selalu bagi air walaupun dia bangun tengah malam. Setiap kali makan, kena bagi aiskrim," ujarnya.

Untuk makluman, Eyra mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli, pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 5, Muhammad Endra Haqimie, 3, dan Muhammad Hud Ezqandar yang kini berusia setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: