"Menantu aku handsome, anak aku cantik (sambil tunjuk tangan sepadan dan sesuai)."
Itulah kata ibu kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira, menerusi satu video tular di media sosial, dimana gelagatnya itu menjadi perhatian apabila memuji menantu serta anaknya pasangan yang sepadan.
Dalam video tersebut yang difahamkan ketika majlis resepsi pada Sabtu lalu, ibu Erra dilihat memegang wajah menantunya sambil memujinya.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat ibu Erra serta menyifatkan Mr E pandai mengambil hati ibu mentuanya.
Sejak Jumaat lalu, majlis pernikahan Erra dan Mr E atau nama sebenarnya, Ezwan Zain masih lagi menjadi bualan ramai di media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment