16 December 2025

"SAYA TAK NAK LETAK APA-APA STATUS..." - DIANA DANIELLE ULAS ISU VIDEO BERSAMA LELAKI, AKAN UMUM KALAU SUDAH TIBA WAKTU



Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle, 34, telah memuat naik video di media sosial miliknya, dimana ia memaparkan dia bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasih.

Berhubung video itu, Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status hubungannya dengan jejaka terbabit, malah dia lebih selesa menyimpan hal peribadi untuk tatapan sendiri.

"Saya tak nak letak apa-apa status sama ada seseorang itu teman lelaki ataupun tidak. Nanti-nanti saya akan umumkan kalau sudah tiba waktu saya nak berkahwin.

"Setakat ini, apa yang saya kongsikan biarlah setakat itu sahaja," ujar Diana yang juga men£gaskan, dia tidak mahu memberi tek@nan kepada diri sendiri hanya kerana persepsi dan tanggapan masyarakat terhadap kehidupan peribadinya.

Akui ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia kini berada pada fasa lebih matang dan meminta orang ramai mendoakan kebahagiaannya.

Klik untuk gambar besar

"Saya pun dah besar, bukanlah anak remaja yang baru nak berkawan dan kenal hati budi. Pada masa ini, saya rasa sangat gembira. Doakan semoga saya juga dapat mencari kebahagiaan saya pada masa depan nanti," katanya.

Disamping itu, Diana turut menjawab pertanyaan mengenai tek@nan daripada orang sekeliling berkaitan soal jodoh, dimana jelasnya, perkara itu tidak pernah memb£bankan dirinya.

"Saya tak pernah dapat tek@nan bila orang tanya bila nak kahwin, sebaliknya saya selalu dengar orang cakap jangan kahwin.

"Ramai berkata sebegitu. Bukan saya minta nasihat, tetapi itu yang saya dengar. Namun, perkara itu tidak penting pun," tuturnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan Diana sedang hangat bercinta selepas dilihat keluar bersama seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah.
Mereka dikatakan berjalan sambil berpegangan tangan dan masing-masing mengenakan pakaian sukan, sekali gus mencetuskan pelbagai sp£kulasi dalam kalangan peminat.

Difahamkan juga, lelaki berkulit sawo matang itu bukanlah individu daripada kalangan industri seni.

Untuk makluman, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012 dam mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Diana dan Farid kemudiannya bercerai pada 10 Ogos 2023 selepas berdepan mas@lah rumah tangga sebelum sepakat untuk rujuk dalam tempoh idah.

Namun, pada 24 Mac lalu, mereka sah bercerai buat kali kedua selepas Diana memfailkan cerai pada 4 November tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: