16 December 2025

KUNJUNGI GERAI LEMPENG TAUKE JAMBU - AJAK SHIRO BAWA MEJA MAKAN BAHARU, KENANG BUDI SEORANG SAHABAT : "AKU DOAKAN KAU TERUS BERJAYA, INSYA-ALLAH, DENGAN KERJAYA BAHARU KAU"



"Bukan semua saudara kena sedar@h, kadang-kadang kita jadi saudara kerana budi. Semoga Jambu yang kau tanam ini akan berbuah manis suatu hari nanti. Sama-sama sokong sahabat (Tauke) kita ini. Aku doakan kau terus berjaya, Insya-Allah, dengan kerjaya baharu kau."

Demikian tutur pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, 39, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial, dimana atas nama persahabatan, dia hadir memberi sokongan kepada rakannya iaitu Tauke Jambu, 49, yang kini membuka perniagaan gerai menjual lempeng.

Dalam pada itu, Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, menganggap kunjungan tersebut bukan sekadar sokongan, tetapi sebagai tanda mengenang budi dan kebaikan yang pernah dicurahkan kepadanya suatu ketika dahulu.

Menurutnya lagi, hubungan persahabatan mereka terjalin bukan kerana pertalian dar@h, sebaliknya dibina atas dasar keikhlasan dan budi yang tidak ternilai.

Ajak dalam perkongsian itu turut memuat naik video membawa beberapa buah meja dan kerusi yang dipercayai untuk menggantikan barangan gerai Tauke yang telah dicvri baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Ajak juga meluahkan penghargaan mendalam terhadap Tauke, dimana dia menyifatkan sahabatnya itu banyak membantunya pada awal pembabitannya dalam industri hiburan.

"Tauke Jambu, terima kasih dari hati yang dalam. Waktu aku masih bertatih, belum tentu arah dan belum jadi siapa-siapa, kaulah orang yang menghulur tangan tanpa berkira.

"Budi yang kau tanam waktu itu bukan kecil nilainya, malah menjadi tempat aku berpaut, menjadi teduh waktu panas dan menjadi payung waktu hujan," ujarnya.

Sementara itu, Tauke turut membal@s penghargaan Ajak dengan kata-kata penuh em0si, selain mengakui dirinya tersentuh melihat keikhlasan sokongan sahabatnya itu.

"Audio yang dia buat aku tenyeh mata yang tiba-tiba pedih (sedih), teringat... Walaupun kita guru, kira mengajar, tetapi pelajaran sebenar bukan datang daripada seorang guru.
"Semoga Allah memperluaskan rezeki untuk kau sekeluarga dan semua yang berjuang melaksanakan tanggungjawab," katanya.

Pada 10 Disember lalu, Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, berdepan ujian apabila enam meja di gerai lempeng miliknya di Pasir Penambang, Kuala Selangor, hilang dan dipercayai dicuri individu tidak dikenali.

Kata Tauke, dia terk£jut apabila mendapati kesemua meja makan di pr£mis kecilnya itu 'l£sap' begitu sahaja.

Sebelum ini, perniagaan kecil-kecilan Tauke pernah tular apabila gerai lempeng RM1 yang diusahakannya mendapat perhatian ramai.

Usaha Tauke berniaga secara sederhana dengan menawarkan harga mampu milik turut menerima banyak pujian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: