"Sebenarnya, istilah 'anak emak' itu memang wujud. Saya sebelum ini 4 tahun beraya asing. Suami balik ke kampung, manakala saya dan anak hanya di Kuala Lumpur.
"Setiap masa suami akan cuba minta izin dekat ibunya untuk bawa sampai pulang, dan lama kelamaan ibunya terbuka hati.
"Sebenarnya ibu mentua okay sahaja, cumanya dia eg0. Biasalah, sebab anaknya pilih saya sebagai pasangan. Saya pula janda anak seorang. Tidak semua orang boleh terima status itu.
"Tapi sekarang kami sudah okay," demikian kata pelawak dan pelakon, Ieda Moin, 46, dimana dia mendedahkan, dirinya pernah disisihkan oleh keluarga mentua kerana tidak mendapat restu mereka.
Berkongsi perkara itu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, Ieda atau nama sebenarnya, Siti Haida Abd Moin, menjelaskan ia berpunca daripada statusnya yang ketika itu merupakan seorang janda.
Ujar Ieda, dia berdepan ujian percintaannya bersama suami, Amril Gulkhan, semasa awal-awal merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 2019.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Ieda berkata, dia dan suami tetap berkahwin namun mengakui mengambil masa yang lama untuk memujuk ibu mertua agar bulat hati.
Empat tahun awal perkahwinan, Ieda atau Siti Haida Abdul Moin berkata, dia dan suami terpaksa mengambil keputusan untuk beraya berasingan agar tidak mengeruhkan keadaan keluarga suami.
"Sebenarnya perkahwinan pertama sebelum ini saya sudah hadap banyak perkara murvng, menangis semua sudah dilalui. Tapi bila dihadirkan dengan ujian pada perkahwinan kedua, saya anggap semuanya okay sahaja tak ada nangis.
"Cuma saya harap perkara ini tidaklah berlanjutan selama-lamanya, lagi pula mungkin dia jadi begitu sebab mami (panggilan kepada ibu mertua) sudah tua.
"Empat tahun kami beraya asing maksudnya suami pulang ke kampung dan saya di Kuala Lumpur bersama anak-anak. Sampai tahun keempat, suami n£kad pujuk mami untuk bawa saya balik. Suami bukan anak yang ingk@r, terus pujuk sampai mami izinkan.
"Tidak semua keluarga boleh terima seorang janda. Tidak dinafikan suami akak memang 'anak mak' tapi dia selalu mempertah@nkan akak, selalu ada di sisi tanpa buat saya rasa tersisih," tuturnya.
Dalam pada itu, akui Ieda, hubungannya dan ibu mertua kini sangat akrab sudah seperti kawan karib, selain turut berkongsi petua untuk melembutkan hati ibu mertua, dimana pesannya agar jangan cuba berpura-pura menjadi orang lain.
"Jadi sahaja diri kita yang sebenar, seadanya. Walau saya tahu bapa mertua seorang imam dan bagaimana keadaan keluarga mertua, saya berlaku jujur dan berterus terang tidak pandai banyak perkara.
"Saya mengaku tidak mahir mana dalam memasak. Rupanya ibu mertua saya seorang yang boleh bertoleransi cuma mungkin awal-awal itu ada eg0. Saya pun faham, anaknya waktu itu bujang, tapi tetap pilih saya yang sudah janda siap ada anak.
"Sebenarnya situasi ini ramai sahaja pernah hadap sebab 'anak mak' itu wujud. Cuma dalam situasi saya, saya seorang sahaja yang ibu mertua sus@h diterima. Sebab ipar saya yang lain okay sahaja," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment