10 December 2025

MAHU BUAT KELAINAN PADA MAJLIS PERKAHWINAN - ERRA FAZIRA & MR E PILIH LETAK SEMUA BARANG HANTARAN DALAM SATU TALAM



"Kami nak mencari barang hantaran, masa pun dah agak suntuk. Selalunya orang (pengantin) buat lima berbalas tujuh dulang hantaran. Ada juga tujuh berbalas sembilan dulang.

"Tetapi kali ini kami nak buat kelainan sikit, tak payah nak pening-pening, tak perlu nak ada dayang-dayang bawa dulang hantaran, kita satukan semua dalam talam saja.

"Satu dulang tetapi dulang yang agak besar boleh masukkan semua barang hantaran," itulah kata penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, 51, dimana maklumnya, dia dan pasangannya, Mr E atau Ezwan Zain mahu membuat kelainan pada majlis perkahwinan mereka dengan tidak membawa dulang hantaran.

Bakal bergelar raja sehari dalam dua hari lagi, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, menjelaskan, mereka ingin sesuatu yang lebih ringkas dan praktikal memandangkan masa untuk membuat persiapan agak suntuk.

Klik untuk gambar besar

Erra yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram Kasi Onz, berkata, satu dulang besar atau disebut sebagai talam sudah memadai untuk memuatkan semua barang hantaran.

Dalam perkongsian video tersebut, Erra dan Ezwan dilihat berkongsi momen mereka membuat persiapan nikah, termasuk berbelanja barang hantaran di pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur.

Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia berasa gembira kerana dapat memilih beg tangan yang disukai sebagai salah satu hantaran.

"Alhamdulillah apa yang kami nak semuanya dapat. Saya dapat beg tangan yang saya suka. Walaupun tak klise sebab orang selalu fikir kalau beg tangan mestilah jenis yang cantik, klasik tetapi saya punya istimewa.
"Beg tangan itu sangat menunjukkan karakter saya yang sebenar. Kali pertama saya memandang beg tangan itu terus j@tuh cinta. Bila Ezwan tengok beg itu pun dia cakap 'this is so you'.

"Sama juga pilihan beg untuk Ezwan, saya lihat ia sangat sesuai dengan gayanya," ujar penyanyi lagu 'Cinta Abadi' itu.

Erra sebelum ini tidak dapat menahan sebak serta mengalirkan air mata ketika memaklumkan berita gembira, dimana dia mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan Ezwan pada Jumaat ini, 12 Disember.

Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu apabila Erra memuat naik ucapan berbaur romantik kepada Ezwan pada Januari lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: