"Kalau saya jumpa sebuah pasangan dan meluangkan masa bersama mereka selama minit, saya boleh tahu pasangan itu boleh bertahan lama atau tidak.
"Saya hanya perlukan lima minit saja untuk tahu pasangan itu berada dalam perkahwinan yang bahagia atau tidak.
"Tak semestinya betul tetapi ketepatan itu ada dalam 90 peratus. Tapi saya bukannya Tuhan dan saya bukan tilik nasib."
Demikian ujar individu yang dikenali sebagai 'Coach Cerai' menyorot perhatian apabila mendakwa dia mampu mengenal pasti sama ada sesebuah pasangan itu berpotensi untuk bertah@n lama atau tidak hanya dalam tempoh lima minit.
Akui 'Coach Cerai' atau nama sebenarnya, Mohd Izary Muhammed Ikhbal, 45, penilaian tersebut tidaklah mutlak dan hanya berdasarkan pengalaman dirinya yang berpengalaman menguruskan isu berkaitan rumah tangga.
Malah, katanya lagi, penilaian itu juga datang melalui corak tingkah laku yang sering berulang dalam sesebuah hubungan.
"Kenapa saya kata saya boleh tahu sebab dalam setiap perhubungan dan segala-galanya dalam hidup, the resisting is the pattern recognition. Kita boleh perasan perkara itu berlaku," tuturnya.
Dalam pada itu, Coach Cerai ini turut berkongsi beberapa k£s yang pernah dikendalikannya, selain juga berpendapat, setiap apa yang dipaparkan di media sosial tidak mencerminkan realiti sebenar sesebuah perhubungan.
"Saya pernah menguruskan satu k£s di mana si suami sangat penyayang di media sosial tapi di belakang dia k@ki pukvl isteri.
"Ada juga wanita yang tunjukkan dia sangat sayangkan suami tetapi dia ada dua atau tiga orang kekasih lain di luar.
"Jadi jangan kita percaya seratus peratus apa yang kita lihat di media sosial," katanya yang berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi p0dcast yang dikendalikan ikstudio.
Terdahulu, Coach Cerai itu dikec@m hebat sehingga digelar das1m selepas kelibatnya dilihat ketika k£s pr0siding cerai pelakon Uqasha Senrose.
Bagaimanapun, individu terbabit tidak menyal@hkan netizen kerana tidak memahami skop kerjanya sehingga disal@h anggap mahu mengajar orang bercerai.
Klik untuk gambar besar
"Tapi saya tak sal@hkan mereka, mungkin ada beranggapan begitu kerana tak faham skop kerja saya yang sebenarnya nak bantu selamatkan rumah tangga," jelasnya.
Kongsinya lagi, sebelum ini dia bekerja dalam bidang kewangan dan beralih kerjaya sebagai pembimbing merangkap penasihat pasangan selepas berpisah sejak Oktober tahun lalu.
Menurut Coach Cerai ini lagi, dia berdepan dua kali episod perceraian dengan bekas isteri serta memahami kesuk@ran selepas berpisah.
"Saya ada pengalaman bercerai, yang pertama pada 2006 dan kini dengan isteri hasil perkahwinan kali ketiga.
"Alhamdulillah, rumah tangga saya sekarang sudah bertah@n selama 12 tahun dan sebelum ini, saya pernah beri nasihat kepada pasangan yang ada isu rumah tangga supaya tak bercerai," katanya.
Dalam pada itu, Coach Cerai ini berkata, dia turut dibantu isterinya iaitu Ungku Zuraida Ungku Izzat sebagai penasihat bagi memberikan sudut pandang wanita.
Kongsinya lagi, ada pasangan membatalkan hasrat mereka yang hampir bercerai selepas mengikuti pr0gramnya, sekaligus dia dapat membantu menyelamatkan rumah tangga yang r£tak.
"Pendekatan saya adalah dengar mas@lah klien kemudian bimbing mengikut situasi bersandarkan pengalaman peribadi saya dan perkara pertama adalah bantu perbetulkan pemikiran mereka mengenai rumah tangga.
"Saya tak pernah galak orang bercerai tapi bagi mereka (klien) 'cermin' untuk lihat semula diri dan beri kesedaran, bukannya beritahu apa mereka patut buat.
"Alhamdulillah, rata-rata klien puas hati dan beri maklum bal@s p0sitif. Kepuasannya dapat membantu menyelamatkan rumah tangga kerana pernah ada pasangan yang hampir nak bercerai sebelum ikuti pr0gram saya tapi batalkan hasrat keesokannya.
"Ada juga yang klien wanita tr@uma dengan perceraian tapi akhirnya terbuka hati nak berkahwin lagi tapi semuanya juga berlaku dengan izin Allah SWT," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment