"Setahu kami apa yang kami lihat, tiada tanda-tanda rujuk sepanjang mereka bercerai. Malah, seminggu sebelum Adnan ke umrah, dia ada menyatakan hal ini secara tiba-tiba selepas cintanya ditolak.
"Dia memaksa dengan macam-macam cara sehingga ke tahap yang paling tidak selesa. Adira sudah mahu teruskan hidup, tetapi dia tidak dapat menerima hakikat itu.
"Adira sudah jumpa jalan keluar dan membawa haluan sendiri, namun Adnan pula membawa perkara ini ke mahkamah. Keluarga semua terk£jut dan tidak bersetuju dengan hal ini."
Demikian jelas kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Emma Suhaimi, dimana katanya, keluarga adiknya itu bukan hanya terk£jut, malah juga tidak bersetuju apabila bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau mesra disapa Datuk Red memfailkan permohonan rujuk di mahkamah.
Menurut Emma, permohonan untuk kembali bersama itu dilakukan secara paksaan selepas Datuk Red menyatakan hasratnya beberapa kali dan dalam masa sama turut memberi bayangan keluarga mereka tidak akan berdiam diri susulan isu ini.
Klik untuk gambar besar
"Mak kata, tak apa Adira teruskan law@n. Kami sekeluarga kali ni memilih untuk bersuara. cukup hampir 10 tahun lalui hal yang Sama. Anggap ini jalan yang Allah tunjuk untuk mereka berdua.
"Setelah dia pulang umrah ada sesuatu yang di luar jangka terjadi buat kami sekeluarga bersatu hati untuk berdiri di belakang adik kami.
"Adira layak bahagia, Adnan (Datuk Red) pun layak bahagia. Tetapi untuk membiarkan adik kami berada di tempat yang sama dengan drama yang tidak berkesudahan, mas@lah yang tiada penghujung, berjuang sendirian... bertah@n bukan lagi pilihan.
"Buat Adnan (Datuk Red), bila tidak mampu memberi bahagia, jangan hulurkan s£ngsara dan s@kit yang berpanjangan," t£gasnya yang turut memberitahu tindakan Datuk Red itu seolah-olah membelakangi keluarga kerana dibuat tanpa perbincangan awal.
"Yang kami tuntut adalah hormat. Kalau betul mahu rujuk, kenapa tidak beri khabar kepada keluarga? Setahu kami, mak pernah bertanya tentang isu ini kerana di media sosial ada cakap mengenai teman wanita dan teman lelaki.
"Tetapi jawapan yang diberikan adalah mahu menyelesaikan perkara penting terlebih dahulu. Kami sudah lama menunggu. Menanti bukan lagi pilihan kami.
"Kami tidak menghalang tindakan ke mahkamah itu. Tidak sal@h jika mahu tahu status sah atau tidak. Tetapi yang tidak betul apabila satu keluarga di Sabah terk£jut," luahnya.
Sebelum ini, Datuk Red menerusi peguamnya memaklumkan telah memfailkan pengesahan rujuk terhadap Adira pada Rabu.
Adira juga memberi respons bahawa dia terk£jut kerana tidak mengetahui tindakan bekas suaminya itu.
Untuk makluman, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Namun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 24 April tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment