"Dengan rasa rendah diri, saya sudah tidak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan atau buktikan kerana semuanya sudah saya buat. Ini melibatkan masa depan saya dan keputusan untuk berpisah dengan Ahmad Kamal Ahmad Adli atas sebab saya sendiri tahu dan lalui."
Itulah kata pelakon Uqasha Senrose, 33, dimana dia sekali lagi tampil bersuara berhubung kem£lut rumah tangganya bersama pelakon Kamal Adli apabila men£gaskan keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya sudah tidak mampu untuk meneruskan perkahwinan itu.
Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial miliknya, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, memaklumkan, keputusan itu melibatkan masa depan dirinya dan dibuat dengan penuh pertimbangan.
Uqasha dalam masa sama turut tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh dia memilih untuk berpisah dengan Kamal kerana faktor kewangan.
"Saya nak betulkan satu perkara. Ada yang kata saya nak orang kaya. Jadi kamu semua yang menilai itu kata dia tidak kaya? Saya memilih untuk berpisah bukan kerana duit.
Klik untuk gambar besar
"Saya bekerja ketika hamil, drama 'Jangan Lupa Janji' adalah drama terakhir saya sebelum perut mula nampak. Ketika kandungan masuk tiga ke empat bulan, saya berhenti berlakon dan fokus menjaga kandungan hingga sembilan bulan," ujarnya.
Tuturnya lagi, dia turut menerima tawaran sebagai duta pr0duk, kempen tudung selain aktif menjalankan perniagaan dalam bidang makanan dan kosm£tik sepanjang tempoh kehamilannya itu.
Malah Uqasha turut mengakui, keputusan untuk berpisah dibuat selepas melalui beberapa kejadian yang membuatkan dia berfikir panjang sebelum memilih tarikh 1 Oktober 2025 sebagai titik penting dalam hidupnya.
"Saya berfikir sangat lama untuk membuat keputusan besar ini. Sebelum kejadian sekarang yang datang bertubi-tubi, ujian dan dug@an sudah lama berlaku. Jadi saya mohon, lepaskanlah saya.
"Saya maafkan semua yang mengec@m dan mem@ki h@mun saya setiap hari. Saya anggap kalian tidak tahu perkara sebenar. Benda ini saya yang lalui, bukan kamu semua," tuturnya.
Disamping itu, Uqasha juga men£gaskan, Kamal tetap akan menjadi bapa kepada anak mereka dan hubungan itu tidak akan terputus.
Akhir sekali, Uqasha turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga dan individu yang setia berada di sisinya ketika sus@h dan senang.
Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Kumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gag@l mencapai kata sepakat.
Bagaimanapun, peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertah@nkan rumah tangga.
Susulan itu, mahkamah menetapkan pr0siding perceraian di antara pasangan berkenaan disambung pada 12 Januari 2026.
Pada 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal selepas mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment