"Sejujurnya, kami mula berkenalan sejak sebulan lalu, memang baru sangat-sangat dan masih dalam pr0ses mengenali hati budi lagi. Kalau boleh, doakanlah yang baik-baik dan terima kaih untuk semua respons ramai."
Demikian jelas Nadia Brian, 34, dimana pelakon itu mengakui, dia kini sedang mengenal hati budi bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri atau Boss Ned, 42.
Nadia mengulas sejauh mana hubungannya dengan Nedim selepas hantaran di media sosial yang memaparkan mereka bersama mencvri perhatian ramai ketika ini.
Kata Nadia nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, perkenalan mereka masih baru lagi serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.
Dalam pada itu, tuturnya lagi, Nedim yang mengajaknya keluar makan serta menyifatkan usahawan itu seorang lelaki serta bapa penyayang dan mempunyai ciri-ciri idamannya.
"Sebenarnya Nedim yang ajak berjumpa untuk keluar makan bersama di sebuah restoran dan saya selesa berkawan dengannya.
Klik untuk gambar besar
"Sekarang kami berdua sama-sama berstatus solo dan rasa-rasanya tiada mas@lah untuk berkawan dan meneruskan hubungan ini. Kalau soal jodoh pula, saya serahkan pada Allah SWT. Terus doakan yang baik-baik buat kami," ujarnya.
Ditanya mengenai hantaran yang dimuat naik Nedim, Nadia berkata, hatinya juga tersentuh dengan kapsyen berkenaan.
"Nedim cakap itu apa yang dia rasa. Saya pula hanya menjadi diri sendiri. Saya terima dia seadanya dan dia juga begitu.
"Saya juga berasa terharu dengan kapsyen yang ditulisnya itu kerana dia memang betul-betul nak berkawan dengan saya.
"Jadi, saya juga minta izinnya untuk 'repost' hantarannya itu di IG (Instagram)," kata Nadia yang sudah lima tahun hidup sendirian.
Disamping itu, Nadia turut mendedahkan, dia menerima mesej peribadi (DM) daripada Nora, sekali gus membuatkan dia berasa tersentuh dengan penerimaan yang diberikan.
Jelas Nadia, dia belum pernah bertemu dengan Nora secara peribadi, namun ada bertemu anak lelakinya hasil perkahwinan bersama Nedim iaitu Mohamed Neqayl.
"Saya tengok Nora dan Nedim sangat profesional dan baik. Saya sangat menghormati Nora dan bila dia hantar mesej peribadi, "welcome to family" serta 'like posting' gambar saya dan Nedim, saya sangat tersentuh.
"Penerimaan itu Alhamdulillah. Saya tahu Nora pun kenal saya sebab kami dalam industri yang sama. Saya belum pernah jumpa lagi dengan Nora, tapi saya ada jumpa Nene (Neqayl)," tuturnya.
Sebelum ini, Nedim memuat foto mesra bersama Nadia dengan kapsyen, "A little piece of my heart lives here" (secebis hati saya tinggal di sini) di media sosial miliknya, sekali gus mencvri perhatian pengikutnya.
Selain bersama Nadia, Nedim turut memuat foto mereka bertiga bersama anak lelakinya, Mohamed Neqayl.
Untuk makluman, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun rumah tangga mereka hanya bertah@n empat bulan dan bercerai pada April 2020.
Manakala Nedim pula, dia berkahwin dengan Nora Danish pada 30 Mac 2017 dan bercerai secara baik sekitar hujung April tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, Nedim dan Nora telah dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment