15 December 2025

DAKWAAN BIBIK CIUM BIBIR ANAK LELAKI : NUBHAN TAMPIL NAFI, SEDIA BERI KERJASAMA JIKA BUAT LAPORAN POLIS - BEKAS ISTERI MASIH PERTIMBANGKAN : "TAK TIMBUL ISU DISEBABKAN MEREKA RAPAT, BIBIK ADA KELEBIHAN..."



"Saya bawa bibik untuk melawat anak saya yang s@kit di hospital. Di situ ada ramai orang yang menyaksikan. Jadi saya menafikan perbuatan cium mulut itu berlaku.

"Kalau dia (bekas isteri) nak bawa perkara ini ke tengah, dia boleh buat laporan polis. Saya bersedia untuk memberi kerjasama yang penuh."

Demikian ujar penyanyi Nubhan, dimana dia menafikan dakwaan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, yang mendakwa pembantu rumahnya mencium bibir anak lelaki mereka.

Kata Nubhan, perbuatan mencium seperti yang didakwa tidak berlaku kerana ramai orang berada di tempat kejadian.

Disamping itu, Nubhan turut mengulas adakah dia tidak penat untuk ke mahkamah, dimana jawabnya, tiada mas@lah jika itu cara terbaik selesaikan mas@lah.

"Kalau itu adalah cara yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak, Insya-Allah tiada mas@lah untuk saya. Saya akan beri kerjasama.

"Daripada berlarutan sehingga menjadi asbab untuk orang berkata-kata, biarlah kita guna saluran yang betul," jelasnya.

Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Thr£ads, Dr Afifah atau Dr Fie meluahkan rasa kurang senang mendakwa pembantu rumah bekas suaminya itu mencium bibir anak lelaki mereka yang sedang s@kit di hospital.

Malah, Dr Fie turut mempers0alkan Nubhan seakan-akan tidak menghalang wanita itu bertindak sedemikian.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Dr Fie mengakui masih mempertimbangkan tindakan seterusnya selepas Nubhan menafikan berlaku perbuatan mencium seperti yang didakwa.

"Buat masa sekarang saya tengah fikir nak buat macam mana, sama ada buat laporan polis atau tidak. Bagi saya fikir dulu tindakan seterusnya disebabkan saya juga sedang sibuk uruskan anak keluar hospital.

"Kalau dia menafikan pun, saya tak boleh nak cakap apa-apa kerana tiada apa boleh dibuktikan. Dia (Nubhan) pun tak boleh nak cakap ya atau tidak (perbuatan mencium) sebabnya kalau saya cakap ya, dia pula kata tidak.

"Dua-dua pun tidak menunjukkan sebarang bukti jadi orang tak boleh nak kata apa," tutur yang turut tampil memberikan penjelasan susulan kontr0versi pembantu rumah didakwa mencium anak lelakinya di bibir ketika berada di hospital baru-baru ini.

Jelas Dr Fie, tindakannya berkongsi perkara tersebut bukan bertujuan menc£tuskan sal@h faham, sebaliknya bimbang dengan tahap kesihatan anaknya yang ketika itu sedang mengalami jangk1tan paru-paru.

Kata ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, perkongsian yang dibuat sebelum ini hanyalah luahan perasaan spontan apabila melihat situasi tersebut berlaku di hadapannya.

"Saya cuma tidak berpuas hati, sebagai seorang ibu dan doktor saya rasa perkara ini penting untuk masyarakat tahu bila berada di hospital tolong jaga adab.

"Perkongsian saya tempoh hari adalah untuk menyatakan perasaan saya yang melihat situasi (cium) itu berlaku.
"Normal untuk orang datang hospital perlu jaga jarak, pakai pelitup muka dan pastikan kebersihan semua terjaga. Saya tak tahu kenapa masih ada yang tidak faham," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Fie juga berpendapat tidak timbul isu keakbraban antara mereka sehingga memberi hak kepada seorang pembantu rumah mencium anaknya.

Baginya sebagai ibu, dia berhak menegur sesiapa sahaja sekiranya berasa kesihatan anaknya itu berada dalam ris1ko.

"Sama ada hubungan bibik dan anak saya rapat atau tidak, itu tetap anak saya. Tak timbul isu disebabkan mereka rapat, bibik ada kelebihan untuk buat macam itu dengan anak saya.

"Walaupun Nubhan datang hospital tak pakai pelitup muka, kalau saya rasa ia akan membah@yakan kesihatan anak, saya akan tegur.

"Tapi bibik dah tentu-tentu tiada hubungan dengan anak saya, tak tahu apa sejarah kesihatan lampau dia di Indonesia. Jadi saya tak rasa layaklah untuk dia berada dekat dengan anak saya dan mencium," ulasnya.

Untuk makluman, Nubhan dan Dr Fie sah bercerai dengan talak dua pada 2 Disember lalu selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga iaitu pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Affan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: